Cik Siti Online
Tips Berpakaian Untuk Wanita Rendah
Memiliki saiz badan yang kurang tinggi atau rendah biasanya menjadi halangan kepada seseorang wanita itu untuk mengaya sesuatu fesyen dan mengekspresikan fesyen tersebut dan ada sesetengahnya yang menggangap untuk kelihatan tinggi haruslah menggunakan kasut bertumit tinggi.
Di sini cik siti nak berkongsi tips dengan anda bagaimana untuk kelihatan tinggi melalui pemakaian anda yang mana pasti ianya akan meningkatkan lagi keyakinan diri anda. Percayalah untuk kelihatan tinggi tidak perlulah menyakitkan badan dengan menggunakan kasut tinggi kerana mengikut kajian pemakaian kasut tinggi tidak baik untuk kesihatan.
Tip-tip yang boleh anda praktikkan untuk kelihatan tinggi bak model:
1. Warna pakaian
Pilihlah Baju Dengan Satu Warna. Ternyata dengan menggunakan baju satu warna juga dapat membuat tubuh kamu terlihat lebih tinggi, jadi perhatikan juga ketika memilih baju T-shirt, pilihlah yang satu warna atau yang lebih dominan sebagai warna dasar.
Elakkan pakaian dengan warna yang terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin menyerlahkan bahagian- bahagian yang anda ingin sembunyikan. Warna baju hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada juga akan menambah kesan tinggi pada tubuh anda.
2. Motif atau corak pakaian
Pilihlah pakaian yang bermotif garisan vertikal yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Kalau boleh pakailah skirt blaus, t-shirt dan gaun bergaris kerana garis vertikal ini akan membuat tubuh anda nampak lebih tinggi. Elakkan memilih motif garis yang horizontal atau melintang kerana garis horizontal ini boleh menonjolkan lekuk tubuh kita.
- Atas
Leher yang di-ekspos akan menampilkan kesan tubuh yang tinggi dan ramping. Cuba kenakan atasan dengan kolar V-neck. Jika anda mengenakan blazer atau cardigan, biarkan terbuka tanpa dikancing untuk ilusi garis vertikal. Elakkan gunakan syal atau atasan turtle neck kerana boleh menutupi bahagian leher dan menyamarkan tulang selangka kita.
- Bawah
Untuk kelihatan lebih tinggi anda juga boleh pakai seluar yang panjang dan menutupi sampai ke bahagian kasut. Elakkan juga seluar yang tidak menjulur sampai pergelangan kaki.
Jika anda suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki anda kelihatan lebih besar, sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan menampakkan tubuh anda lebih kelihatan lebih gemuk.
3. Ukuran pakaian
Anda juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang anda gunakan. Pilihlah pakaian yang sederhana dan sesuai dgn susuk tubuh anda. Apabila ukuran pakaian yang kita pilih sesuai tentunya akan menampakkan anda lebih tinggi. Cuba tambahkan tali pinggang untuk menimbulkan ilusi pinggang yang ramping
Elakkan memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Ini adalah salah kerana pakaian yang terlalu ketat akan menampakkan kekurangan pada tubuh anda, sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan menutupkan kelebihan dan kekuatan yang boleh anda tonjolkan.
4. Postur
Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu anda untuk kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah tegak jika anda ingin kelihatan lebih ramping dan yakinlah pada diri yang walaupun anda tidak tinggi tetapi sekurang-sekurang anda bijak berfesyen.
Kesimpulannnya fesyen itu dapat membantu untuk anda nampak lebih tinggi dan juga fesyen itu boleh membantu anda nampak lebih menarik. Hakikatnya walaupun setinggi mana pun anda jika anda pandai mengayakan pakaian, pastinya akan kelihatan lebih elegan dan tinggi tanpa perlu mengenakan kasut tumit tinggi.
0 comments:
Post a Comment