Pages

Monday, March 3, 2014

Air Botol Dalam Kereta Punca Utama Kanser Payudara?


Cik Siti Online

Air Botol Dalam Kereta Punca Utama Kanser Payudara?

botol plastik dalam kereta

Cik Siti: Rata-rata rakyat Malaysia suka menyimpan botol air mineral dalam kereta. Tahukan anda perbuatan anda ini boleh membahayakan kesihatan anda? 
Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.

Orang ramai tidak perlu minum  air dalam botol yang telah ditinggalkan di dalam kereta. Haba bertindak balas dengan bahan kimia dalam plastik botol yang mengeluarkan dioksin ke dalam air.

Selain itu, dalam Islam kita dimakruhkan mengguna air yang telah terdedah kepada cahaya matahari dengan lama. Ada yang berpendapat walaupun tak terdedah secara langsung tapi terkena haba matahari juga tak elok digunakan

Dioksin adalah toksin yang semakin ditemui dalam tisu kanser payudara. Oleh itu, sila berhati-hati dan tidak minum air botol yang telah ditinggalkan di dalam kereta. Sebaiknya gunakan stainless steel atau botol kaca bukan plastik! Atau cari botol yang ada tulis (biasanya kat bawah atau tepi botol) BPA-Free.

Kimia Dioksin adalah punca kanser, terutama kanser payudara. Dioksin adalah sangat beracun kepada sel-sel dalam badan kita. Jangan bekukan air dalam botol plastik kerana akan melepaskan dioksin daripada plastik. Baru-baru ini Pengurus Program Kesejahteraan di Hospital Castle, mengadakan satu program TV untuk kesihatan menjelaskan bahaya ini .
Kita tidak perlu memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang menggunakan bekas plastik, terutamanya kepada makanan yang mengandungi lemak.  Gabungan lemak, haba yang tinggi dan plastik melepaskan dioksin ke dalam makanan.

Sebaliknya gunakan kaca, seperti Pyrex atau bekas seramik untuk memanaskan makanan. Anda akan mendapat hasil yang sama, tetapi bebas dioksin. Jadi, makanan seperti maggi dalam 'cup', sup segera, dan lain-lain, perlu dikeluarkan dari bekas mereka dan dipanaskan di dalam sesuatu yang lain.

Kertas juga boleh, tetapi anda tidak tahu apa yang ada dalam kertas. Paling selamat untuk menggunakan bahan kaca, seperti Pyrex, dan lain-lain.

Bungkusan plastik, seperti berpaut filem, adalah sama bahaya apabila diletakkan di atas makanan yang perlu dimasak dalam ketuhar gelombang mikro. Ketika makanan dipanaskan, haba yang tinggi menyebabkan toksin beracun yang akan mencairkan bungkusan plastik dan menitik ke dalam makanan. Sebaiknya tutup makanan dengan kertas tuala. 

Maklumat ini telah diedarkan di Pusat Perubatan 'Walter Reed Army'.

p/s: Pastikan juga botol susu anak anda  ada tulis 
BPA-Free



0 comments:

Post a Comment