Pages

Sunday, April 6, 2014

Pelat


Cik Siti Online

Pelat

Ditertawakan rakan hanya kerana bunyi aneh dalam setiap sebutan yang ‘terlahir’ di bibir. Bahkan, ada meniru intonasi percakapannya dengan gaya jenaka. Orang yang pelat risiko untuk rasa rendah diri itu lebih tinggi. Malahan, ia turut membabitkan emosi dan mental seseorang. Semoga kita akan lebih peka dengan orang terdekat yang pelat. Jangan suka-suka mempersendakan kekurangan seseorang.

Apa itu pelat?  Pelat adalah salah satu masalah sebutan atau kecelaruan pertuturan  iaitu individu yang tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan jelas dan betul. Pelat ni kalau bahasa mudahnya seseorang yang tak dapat nak sebut sesuatu huruf konsonan dengan betul. Tapi ada juga yang memahami pelat dengan maksud yang berlainan dengan mengertikannya sebagai loghat,  iaitu kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri golongan tertentu dalam kalangan penuturan bahasa tersendiri. 

Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan bahawa pelat adalah disebabkan oleh lidah yang pendek. Sebenarnya, tiada istilah lidah tebal dan pendek. Ini kerana panjang lidah untuk setiap orang tidaklah terlalu berbeza.

Pernahkah anda diperiksa oleh doktor berkaitan hal ini?

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat.

frenulum linguae punca pelat

‘Frenulum Linguae’ dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek ‘frenulum linguae’ inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan.

Penyelesaian untuk hal ini ialah dengan menjalani terapi pertuturan (speech therapy) dengan syarat, memang tiada kelainan atau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang anda hadapi ini.

Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut. Justeru, pakar menyarankan supaya mendapatkan nasihat pakar terapi pertuturan berhampiran anda. Sumber

P/s: Piere Andre dan Lisa Surihani  kedua-duanya pelat dalam menggunakan konsonan ‘S’ dan ‘R’. tapi ramai sahaja peminat mereka.


0 comments:

Post a Comment