Cik Siti Online
Hanez Suraya Belum Terdesak Atau ‘Terduduk’
Kuala Lumpur: “Saya masih boleh cari makan dan menjalani kehidupan dengan selesa. Tidaklah sampai ke tahap terdesak atau ‘terduduk’, kata pelakon Hanez Suraya berhubung tanggapan terbaru mendakwa kerjayanya semakin merudum kebelakangan ini akibat kontroversi hubungan cintanya beberapa bulan lalu.Hanez yang dihubungi semalam berkata, persepsi itu tidak benar sama sekali kerana kerjayanya berjalan dengan lancar dan menerima tawaran lakonan secara konsisten.“Tipulah kalau saya kata benda-benda berlaku ini tak meninggalkan kesan. Impaknya memang buruk tapi rezeki tetap ada.“Saya berlakon macam biasa dengan tawaran tetap ada. Saya hidup dengan selesa dan tidak sampai ke tahap terduduk atau ‘jatuh’ seperti yang sesetengah pihak harapkan,” katanya.Timbul dakwaan kerjaya seni aktres itu terjejas termasuk digugurkan daripada kontrak duta produk berikutan kontroversi percintaannya dengan suami orang.Terdahulu, bulan lalu, Hanez turut diugut bakal diboikot oleh pihak tertentu gara-gara isu hubungan cintanya itu.Hanez berkata, dia turut menolak tuduhan kononnya cara dan ketegasannya dalam menangani kontroversi itu memakan diri termasuk kerjayanya. “Saya bukan lantang bersuara selama ini, tapi cuba menjadi diri sendiri dan mempertahankan hak saya saja.“Kalau tak suka, tak apa tapi janganlah menghukum secara keterlaluan seolah-oleh artis tidak boleh langsung melakukan kesilapan,” katanya.Tambahnya, dia juga berasa pelik dengan konspirasi pihak tertentu yang dilihat seolah mahu menjatuhkan dirinya berterusan.“Bila jadi macam ini, betullah seperti dikatakan orang kalau yang baik, orang tak nampak tapi yang buruk sekelip mata saja kena hentam.“Kadang-kadang niat kita untuk berkongsi sedikit kehidupan peribadi akhirnya disalah ertikan dan mengundang masalah pula,” katanya.Ketika ditanya mengenai desas-desus pembatalan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Hanez berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut untuk menjaga hubungan baik dengan banyak pihak. Sumber
0 comments:
Post a Comment