Pages

Tuesday, April 1, 2014

Mangsa Yang Diragut Pula Bantu Peragut


Cik Siti Online

Mangsa Yang Diragut Pula Bantu Peragut

Cik Siti: Sayangnya badan tegap lengan ketak-ketak tapi nak senang dengan cara yang mudah. Mudah-mudahan lepas ni dia dapat hidayah.

Kuala Lumpur: “Tolong selamatkan saya.” Itu jeritan lelaki berusia 28 tahun selepas terperangkap dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni di sini, semalam.

SUSPEK dibawa keluar dari dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, lelaki berasal dari Pekan, Pahang itu dilaporkan terjun ke dalam sungai berkenaan untuk bersembunyi apabila dikejar orang ramai selepas meragut beg tangan milik seorang wanita berusia 35 tahun juga kakitangan sebuah bank di kawasan berkenaan. 

Menurut sumber, suspek menjerit meminta pertolongan daripada mangsa dan beberapa orang awam lain bagi membantu mengeluarkannya daripada lubang berkenaan selepas kakinya tersangkut. Suspek dilaporkan panik apabila air sungai berkenaan tiba-tiba naik mendadak. 

“Mangsa yang bersimpati dengan nasib penjenayah terbabit segera menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum usaha mengeluarkan lelaki terbabit dilakukan. Usaha mengeluarkannya mengambil masa sejam sebelum lelaki terbabit terus ditahan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila suspek meragut beg tangan mangsa yang berjalan bersama rakan di Lebuh Pasar Besar, di sini. Sumber



0 comments:

Post a Comment