Pages

Friday, April 11, 2014

Shila Amzah berentap lagi di pentas "I Am a Singer"


Cik Siti Online

Shila Amzah berentap lagi di pentas "I Am a Singer"


shila hamzah

Penyanyi kebangaan tanah air, Shila Amzah bakal berentap lagi dalam pertandingan "I Am a Singer" pada 11 April (hari ini) dengan format yang baru iaitu lima finalis musim kedua akan berentap dengan lima lagi finalis musim pertama.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh syarikat rakaman Shila, Warner Music menerusi satu kenyataan emel, di mana turut menyatakan penyanyi berusia 23 tahun itu berasa teruja dan bersyukur apabila sekali lagi akan berentap di pentas "I Am a Singer".

"Alhamdulillah, saya berjaya mara ke pusingan kedua ini. Saya akan menyanyi solo dan hanya undian daripada peminat yang akan menentukan sama ada saya berjaya merangkul sebagai juara atau tidak.

"Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi."

Selain Shila, seorang lagi penyanyi dari Malaysia, Gary Chaw juga merupakan lima finalis "I Am a Singer" musim kedua juga bakal berentap. Sumber



0 comments:

Post a Comment