Cik Siti Online
Nokia X
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nokia kini tampil memperkenalkan peranti bajet rendah menerusi Nokia X. Telefon bimbit pintar yang dijana oleh sistem operasi Android selain dibina di atas sistem Antaramuka Pemprogram Aplikasi (API) Nokia ini turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon Dual Core 1 Gigaherz (GHz).
Kelebihan
1. Disokong oleh bateri berkapasiti 1500 mAh, Nokia X mampu menyokong masa guna sehingga 13 jam serta dimuatkan dengan 18 aplikasi termasuk laman sosial Facebook, Vine dan Skype.
2. Sistem Operasi Nokia X yang dimiliki membolehkan peranti ini dimuatkan dengan sistem navigasi luar talian HERE Maps.
3. Dengan harga rendah dan mampu milik menjadikan peranti ini antara pilihan bagi mereka yang sukakan kelainanmengikut kemapuan.
4. Dengan ukuran 115.5 x 63 x 10.4 milimeter dan berat 128.7 gram sudah pasti peranti ini mudah disimpan di dalam poket seluar mahupun beg tangan.
Menurut Ketua Pemasaran Pan Asia, Gary Chan, sistem operasi Android yang dibangun secara sumber terbuka itu akan memberikan pemiliknya pengalaman berbeza dengan telefon pintar lain dalam kelasnya.
Berada di pasaran bermula pertengahan Mac, Nokia X diperkenalkan pada harga RM399 dengan empat pilihan warna iaitu hijau terang, putih, merah dan hitam.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Nokia X, boleh layari laman web www.nokia.com/about-nokia. sumber
0 comments:
Post a Comment