Pages

Saturday, April 26, 2014

Kim Soo Hyun Digelar 'Raja Air Mata'


Cik Siti Online

Kim Soo Hyun Digelar 'Raja Air Mata'


Kim Soo Hyun

SEJAK berlakon menerusi drama Kimchee Cheese Smile sehinggalah Man From The Star, aktor Kim Soo Hyun sering dilihat menangis dalam lakonannya.

Menurut laporan Soompi, hal tersebut membuatkan dia digelar sebagai 'Raja Air Mata' oleh sebuah program bual bicara We Who Visited The Stars.

"Biasanya penonton cukup menyampah apabila melihat aktor menangis kerana mereka dilihat lemah. Tetapi berbeza pula dengan Soo Hyun, babak menangis pelakon itu tidak pernah dipersoalkan," kata wakil pelakon itu, Jiangsu TV.

Babak air mata Soo Hyun sering membuatkan penonton terharu dan turut beremosi menonton lakonannya. sumber


0 comments:

Post a Comment