Cik Siti Online
Jika anda ingin berjaya, pulanglah kerja tepat pada waktunya
Dalam apa jua kerjaya yang anda ceburi ingatlah kejayaan tidak datang bergolek. Membina karier dan masa depan cemerlang harus dimulai setapak demi setapak. Displin dan kreativiti asas yang paling penting dalam pekerjaan.
Sebuah penelitian yang dilakukan Dr. Stuart Brown mengatakan bahawa keseimbangan kegiatan seharian anda adalah formula untuk menjadikan anda berjaya. Hanya terperuk di pejabat sahaja ternyata mampu menurunkan produktiviti dan kreativiti anda.
Jika anda ingin berjaya, pulanglah kerja tepat pada waktunya dan lakukan beberapa tips seperti berikut ini.
8 Jam Fokus
Hasil pekerjaan yang memuaskan boleh anda dapatkan bila dalam 8 jam tempoh bekerja anda boleh fokus dan berkonsentrasi. Abaikan semua gangguan, termasuk godaan bermain di laman sosial sehingga pekerjaan dapat anda selesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Ketika konsentrasi anda tidak terganggu, otak anda boleh membangkitkan idea-idea cemerlang untuk mengembangkan tugasan yang anda lakukan.
Bijak mengatur masa
Bijak mengatur masa
8 jam fokus bukan bermaksud anda tidak perlu berehat selama 8 jam. Manusia memiliki waktu produktif yang berbeza. Tapi secara garis kasar, kita hanya benar-benar produktif 3 hingga 4 jam saja sehari. Memang lah dalam waktu 8 jam itu kita boleh bekerja dan menyelesaikan semua tugasan. Tapi hasil dari pekerjaan itu sangat sulit untuk sempurna semuanya.
Bahagikan tugasan anda menjadi beberapa segmen. Saat ada sejumlah pekerjaan yang harus di selesaikan dalam waktu sehari di pejabat, buatlah senarai mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Jangan lupa untuk mengatur masa dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain, misalnya untuk istirehat atau (bagi yang muslim) untuk solat tepat waktu.
Hindari Tekanan
Mampu menyiapkan tugas dalam kadar masa yang ditetapkan pasti membuatkan kita senang hati. Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa sahaja cita-cita yang kita impikan.
Sebaliknya pulak apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan dan muncul pula tugas lain yang memerlukan komitmen anda, pastinya meningkatkan tekanan bukan?. Tekanan pastinya tidak mendatangkan kebaikan kepada kita langsung
Tekanan akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja. Kerja yang kita lakukan akan menjadi tunggang- langgang kerana kita membuat kerja separuh hati. Inilah yang menyebabkan anda gagal membina kejayaan.
Membina hubungan
Ketika anda boleh fokus selama 8 jam bekerja, maka anda boleh pulang tepat pada waktu. Pulang tepat pada waktu bukan sebelum waktunya ya. Apa manfaatnya?
Yang pertama anda mempunyai banyak masa untuk meluangkan masa bersama keluarga anda. Pastinya keluarga yang bahagia memberikan sedikit motivasi kepada diri anda untuk lebih tekun dan success dalam semua kerja yang anda lakukan.
Kedua anda punya banyak masa untuk membina hubungan dengan sahabat, jiran-jiran, saudara mara malah dengan orang baru. Sama halnya seperti sedang membina jambatan menuju kejayaan kerana anda bersosialisasi dengan orang-orang yang mungkin saja mengantar anda ke gerbang kejayaan.
Lebih kreatif
Di dunia moden dengan teknologi yang semakin canggih dari waktu ke waktu, hampir semua pekerjaan memerlukan pemikiran kreatif .Jangan sempitkan minda anda dengan hanya satu kaedah. Cuba kembangkan kreativiti anda. Di luar sana banyak idea-idea yang boleh anda cedok dan applikasikan dalam pekerjaan anda.
Mulai hari ini pulanglah kerja tepat pada waktunya, bijak mengatur masa pasti anda tidak akan pernah tertekan lagi dan masih punya masa untuk menikmati pergaulan.
0 comments:
Post a Comment