Cik Siti Online
Bunuh Diri kerana Facebook
Dianggarkan sekitar 800.000 hingga satu juta orang mati kerana bunuh diri setiap tahun, pastinya angka yang agak besar bukan? Bunuh diri telah menduduki posisi ke-10 sebagai penyebab kematian terbesar di dunia.
Bunuh diri atau Suicide (berasal dari kata Latin suicidium, dari sui caedere, "membunuh diri sendiri") adalah sebuah tindakan sengaja yang menyebabkan kematian diri sendiri. Sebenarnya banyak punca yang menjadi alasan untuk manusia membunuh diri. Antara alasan yang seringkali digunakan ialah akibat putus asa, yang penyebabnya seringkali dikaitkan dengan gangguan jiwa misalnya depresi, gangguan bipolar, schizophrenia, ketagihan alkohol, atau penyalahgunaan ubat-ubatan.
Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang media termasuk internet juga memiliki efek negatif yang memainkan peranan penting dalam menyumbang peningkatan kes bunuh diri di seluruh dunia.
Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang media termasuk internet juga memiliki efek negatif yang memainkan peranan penting dalam menyumbang peningkatan kes bunuh diri di seluruh dunia.
Dipetik dari hMetro- New Delhi: Seorang remaja perempuan dipercayai menggantung diri sehingga mati selepas diarah ibunya menutup akaun Facebook (FB).
Aditi Gupta, 13, dilapor dimarahi ibunya Mohana Gupta, 36, kerana terlalu banyak menghabiskan masa melayan laman sesawang media sosial popular itu.
Media semalam melaporkan, ibu Mohana memaksa Aditi menutup akuan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari luar.
“Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu tiba di rumah,” kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sejurus sebelum kejadian.
Beberapa jam kemudian - selepas Mohana pulang - dia mendapati anaknya sudah tergantung tidak bernyawa.
Dia terus menelefon polis. Ketika disoal Mohana berkata dia tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat perkara yang begitu remeh. - Agensi
p/s: Hidup tanpa iman akan terasa kosong
0 comments:
Post a Comment