Pages

Tuesday, May 20, 2014

6 Cara Untuk Mengatasi Seriawan


Cik Siti Online

6 Cara Untuk Mengatasi Seriawan

seriawan-bibir

Pernah tak anda alami tergigit dalam bibir, pipi dalam atau lidah ketika sedang mengunyah makanan. Pastinya ia menyakitkan. Jangan  anda anggap remeh perkara ini kerana trauma fizikal seperti lidah yang tergigit merupakan salah satu penyebab seriawan . Apa itu seriawan?

Seriawan merupakan bentuk luka atau ulser pada kulit dalam mulut yang tidak terikat dengan tulang dan berwarna merah jambu. Seriawan boleh terkena di dalam bibir dan pipi, dan di lidah. Terdapat beberapa faktor  terjadinya seriawan selain tergigit iaitu kekurangan vitamin C, stress, penurunan sistem kekebalan badan, jangkitan virus atau bakteria, kebersihan mulut yang tidak terjaga dan pengambilan makanan yang pedas dan panas.

Walaupun seriawan bukan salah satu penyakit yang merbahaya tapi tetap meninggalkan kesan kepada anda. Rasa sakit ketika mengunyah makanan pasti menyebabkan anda jadi malas untuk makan dan ini boleh mengakibatkan mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak. Rasa sakit akibat seriawan juga boleh menganggu tumpuan pada kerja anda.

Berikut Cik Siti senaraikan 6 perkara yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan bahagian yang tergigit itu tidak berubah menjadi seriawan dan cepat sembuh iaitu :-

1 . Air Batu

Letakkan air batu di  bahagian yang tergigit untuk mengurangkan rasa sakit dan juga menghentikan pendarahan .

2 . Air Garam

Kumur mulut dengan menggunakan air garam selama beberapa saat. Mungkin akan terasa perit sebentar tapi air garam boleh menjadi ubat yang berkesan untuk menyembuhkan dan mempunyai zat melawan bakteria serta mencegah jangkitan .

3. Daun Sirih

Berkumurlah dengan air daun sirih merupakan cara semulajadi untuk  membunuh bakteria yang mengakibatkan seriawan dan bau mulut.

4 . Madu

Jika ada madu (bukan madu 3 ye), maka sapukan 1 sudu madu sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari ke tempat yang sakit. Madu yang manis boleh berkesan untuk menyembuhkan lidah yang tergigit .

5 . Minum Air Masak

Minum air masak dengan banyak , lebih diutamakan menggunakan air sejuk kerana memberikan kesan melegakan dan menenangkan.

6 . Elak Makan Pedas Dan Panas

Usahakan untuk mengelak mengambil makanan pedas dan terlampau panas kerana ia boleh meningkatkan keradangan sehingga melambatkan proses penyembuhan .

Share kalau anda rasa info ini bermanfaat



0 comments:

Post a Comment