Pages

Saturday, September 6, 2014

Artis Malaysia Jangan Tiru Cara Ini Kalau Nak Buat Amal


Cik Siti Online

Artis Malaysia Jangan Tiru Cara Ini Kalau Nak Buat Amal

julian-elizabeth-hurly-kisses

Cik Siti: Demi wang apa sahaja sanggup dilakukan. Cik Siti harap tak ada artis Malaysia mengikut contoh seperti yang dilakukan oleh artis barat ini.

Tapi, Cik Siti tak salahkan mereka, melakukan aksi ciuman untuk mendapatkan dana bagi membantu badan amal adalah salah satu cara juga.

julian-elizabeth-hurly-cium

Elizabeth Hurly Sanggup Dicium Untuk Bantu Badan Amal

Seorang ahli perniagaan kaya di Amerika, Julian Bharti sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan ciuman daripada seorang pelakon wanita Hollywood terkenal iaitu Elizabeth Hurly.

Dalam satu majlis amal yang dinajurkan oleh Elton John itu, Julian telah membelanjankan wangnya sebanyak AS$80,000 (RM254,600) untuk disumbangkan kepada beberapa buah badan amal di negara itu.

Ketika ditemubual, Elizabeth menyatakan bahawa dirinya tidak kisah melakukan adegan intim tersebut bersama Julian walau mengetahui ahli perniagaan itu adalah suami orang, Elizabeth juga menjelaskan kesanggupanya dicium di depan khalyak ramai adalah bertujuan untuk membantu orang lain.

Para tetamu yang hadir dalam majlis amal tersebut turut bertepuk tangan dan bersorak apabila melihat kedua-dua pasangan itu melakukan aksi ciuman yang mengghairahkan.

Isteri kepada ahli perniagaan itu, Christy yang turut hadir menyaksikan acara amal tersebut tidak merasa cemburu malah menganggap perbuatan suaminya melakuan aksi ciuman bersama aktres Hollywood berkenaan  sebagai sebahagian bagi menjayakan aktiviti amal.

Sumber: Info Anda


0 comments:

Post a Comment