Pages

Wednesday, May 28, 2014

Asam Keping Petua Untuk Kempiskan Perut


Cik Siti Online

Asam Keping Petua Untuk Kempiskan Perut

asam keping-petua kempiskan perut

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan kita berasa malu dan mengurangkan  keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Ramai orang yang berperut buncit terutama kaum wanita selepas melahirkan anak. Kalau tak jaga pantang betul-betul memang mudah perut buncit.

Teringin mendapatkan yang kecil dan rata?  Tahukan anda dengan hanya menggunakan bahan yang murah dan mudah di dapati seperti asam keping, dapat membantu anda untuk mengatasi masalah perut buncit. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Tak salah untuk kita mencuba kan.

Cara-Caranya

1. Ambil satu atau dua keping asam keping dan rendam dalam secawan air panas.

2. Biarkan selama beberapa jam sehingga asam keping  kembang dan air bertukar menjadi suam. 

3. Minumlah setiap pagi dan malam. 

Kesannya perut anda akan mulai kempis. Namun, perkara ini harus juga disertai dengan disiplin dan amalan pemakanan yang sihat, ya?


0 comments:

Post a Comment