Pages

Tuesday, March 4, 2014

Petua Mencipta Kejayan Dalam Pelajaran


Cik Siti Online

Petua Mencipta Kejayan Dalam Pelajaran

petua  kejayaan
Bukan setakat budak sekolah yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi masalah seumpama ini berlaku kepada semua anak muda yang sedang menuntut tidak kira di kolej mahupun universiti. 
Ulang kaji bukan main berjam-jam di perpustakaan, tapi selepas beberapa jam, semua fakta dan pelajaran yang dihafal terus hilang seperti itu saja. Masalah ini akan lebih kronik kalau berlaku kepada mereka yang sememangnya memerlukan masa untuk menghafal. 
Ada orang sudah sedia dianugerahkan dengan otak yang cekap. Walaupun hanya sejam membaca, terus semua fakta itu melekat di dalam kepala. Memang bertuah dan tidak perlu ber usaha lebih. 
Tapi kebanyakan pelajar pula tidaklah sebijak itu dan memerlukan masa untuk membaca dan kemudian fokus untuk memahami apa yang dibaca itu agar konsep penyelesaian dan pelajaran itu melekat dalam otak. 
Ada yang berpesan kalau nak mudah ingat, pastikan anda menulis semula setiap fakta yang baru saja dihafal ke atas kertas lain untuk menilai sejauh mana pemahaman kita semula.
Tapi tidak mustahil ingatan dan pemahaman ini lenyap selepas seminggu kerana masuk pula pelajaran baru yang perlu dihafal pula. Masalahnya sama, sama ada kita tidak meletakkan sepenuh fokus ataupun memaksa diri untuk faham walaupun otak sudah letih untuk memprosesnya.
Secara kesimpulannyan pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. 

Dinihari Waktu Yang Terbaik 
Justeru, mengikut satu petua yang pernah disarankan, masa terbaik untuk mengulang kaji pelajaran adalah sekitar jam empat hingga enam pagi berbanding waktu lain.
Waktu ini, otak berfungsi sebanyak 100% berbanding belajar pada waktu malam di mana otak bekerja sebanyak 20% saja. Pada jam enam pagi hingga 7.30 petang iaitu waktu persekolahan dan masa kuliah, otak hanya bekerja sebanyak 50%.
Maka, anda sudah boleh mengagak kenapa anda perlu bangun pada waktu Subuh? Paling berkesan dan mudah untuk terus masuk ke dalam otak, selepas solat subuh terus bangkit dan mula membuka buku.
Tahukah anda yang tahap oksigen dalam otak lebih tinggi apabila anda mengambil sarapan. Dianggarkan sebanyak 60-80% oksigen pada waktu pagi, 10-20% ketika tengah hari dan 30-40% ketika makan malam.
Secara minimum, waktu tidur anda adalah enam jam sehari dan lapan jam secara maksimum.
Tingkatkan Oksigen Di Dalam Otak
Rasa mengantuk berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam otak. Untuk mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi, lakukan senaman pernafasan setiap pagi dan petang selama 20 minit.
Minum air kosong sebanyak lapan hingga 10 gelas sehari dan amalkan pemakanan yang seimbang. Rehat yang mencukupi seperti aktiviti meditasi dan solat juga boleh meningkatkan oksigen ke dalam otak anda.
Kalau oksigen mencukupi di dalam otak, ia akan berfungsi dengan baik sekali. Jauh sekali rasa mengantuk atau perasaan cepat bosan ketika membaca buku, sebaliknya otak yang cergas akan memacu semangat anda secara tidak langsung untuk terus membaca.
Makan Makanan Yang Baik Untuk Otak
Nutrisi terbaik buat otak adalah protein, kalsium, omega 3, B complex, lecithin, madu dan ginko biloba. Pendek kata, pilih makanan yang mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Oleh kerana itu juga, pelajar khususnya perlu menjaga kesihatan diri dan mementingkan aspek pemakanan agar tubuh badan sentiasa baik dan sempurna untuk melakukan ulang kaji.

Pastinya ini bukan makanan yang bagus untuk otak?
Berdoa Dan Tawakal
Terakhirnya, selepas memberi sepenuh usaha, ia perlu diiringi dengan doa dan solat berterusan agar setiap satu itu diberikan kelancaran dan keredaan. Itulah antara rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang. 
Sematkan dalam minda semua yang berlaku pastinya dengan izin Allah. Bila kita berjaya jangan anggap itu adalah dari hasil usaha kita semata - mata melainkan hanya dengan izinNya kita mencipta sebuah kejayaan. Sumber



0 comments:

Post a Comment