Cik Siti Online
9 Kehilangan Pesawat Udara Yang Misteri
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
#dimanaMH370. Cik Siti harap dengan berkat hari Jumaat dipermudahkan segala urusan pencarian MH370. Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 terus menjadi teka-teki.Kejadian malang itu mengingatkan dunia kepada 9 lagi insiden misteri membabitkan pelbagai jenis pesawat dalam tempoh beberapa dekad lalu.
1. Air France 447
Pesawat Airbus A330 dari Rio ke Paris yang membawa 288 penumpang dan anak kapal hilang di Lautan Atlantik pada tahun 2009. Pesawat ini dilengkapi peralatan canggih, yakni sistem fly-by-wire yang dirancang untuk mengurangi kesalahan manusia dengan membiarkan komputer mengawal penerbangan.
Laporan akhir menunjukkan tiub pesawat dihalang kristal ais hingga menyebabkan sistem autopilot gagal berfungsi. Kotak hitam pesawat hanya ditemui pada Mei 2011 bersama 104 mayat. Malangnya, mayat 74 orang lagi penumpang masih gagal ditemui.
2. Adam Air
Adam Air ialah pesawat tambang murah terawal di Indonesia. Pada tarikh 1 Januari 2007 pesawat Boeing 737-400 yang membawa 96 penumpang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya menuju ke Manado. Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi dalam cuaca buruk. Bagaimana pun sebelum hilang, juruterbang sempat melaporkan ada cross wind atau angin dari samping yang cukup kuat. Sejenak kemudian pesawat hilang dari radar Lapangan Terbang Makasar.
Keesokannya timbul khabar pesawat itu dijumpai melanggar gunung setinggi 8,000 kaki di Rangon,Sulawesi Barat. Tapi ternyata berita itu tidak betul. Sejak itu juga berbagai teori, spekulasi ,andaian dan desas desus timbul mengenai kehilangannya.
Pada 27 Ogos tahun itu baru kotak hitam pesawat ditemui di kedalaman 2,000m perairan Majene, Sulawesi Barat. Setelah tujuh tahun berlalu bangkai pesawat maupun mayat penumpang belum ditemui.
3. Uruguay Air Force Flight 571
Pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal termasuk pasukan ragbi dari Montevideo terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972. Mereka hanya ditemui selepas 72 hari selepas dua penumpang mengambil risiko melalui trek pergunungan selama 10 hari.
4. Flying Tiger Flight
Hilangnya Flying Tiger Flight di tahun 1962 adalah misteri terbesar dalam dunia penerbangan. Pesawat yang disewa pihak militer AS ini mengangkut 107 anggota militer AS dan diyakini hilang di Samudera Pasifik. Hingga kini, pesawat tersebut belum pernah ditemukan!
Kronologinya, Flying Tiger Flight terbang dari AS menuju Vietnam. Pesawat lalu mengisi bahan bakar di Guam dan melanjutkan perjalanan menuju Clark Air Base terlebih dulu di Filipina, sebelum tiba di Vietnam. Saat berada di kawasan Filipina atau tepatnya di sekitar bagian barat Samudera Pasifik, pesawat dinyatakan hilang.
Anehnya, pesawat tidak melaporkan adanya tanda-tanda darurat sebelum menghilang dari radar pantauan. Militer AS menerjunkan lebih dari 1.000 personel militer untuk mencari pesawatnya. Beberapa saksi mata menyebut, telah melihat ledakan hebat dan cahaya di sekitar kawasan Samudera Pasifik. Tapi hingga kini, pesawat tersebut dan 107 penumpamgnya belum pernah ditemukan.
5. Star Ariel
Satu lagi pesawat British South American Airways (BSAA), Star Ariel hilang ketika penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Januari 1949. Ia adalah pesawat yang sama seperti Star Tiger, cuma bezanya ia terbang dalam keadaan cuaca elok namun berhadapan masalah komunikasi sepanjang penerbangan. Star Ariel hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.
6. Star Tiger
Pesawat BSAA kedua, Star Tiger, hilang selepas terbang dari Santa Maria di Azores ke Bermuda pada 30 Januari 1948. Dalam penerbangan 12 jam itu, pesawat itu terbang rendah untuk mengelakkan angin dan mengikuti pesawat Lancastry yang ditugaskan mengesan cuaca buruk di kawasan Segi Tiga Bermuda. Pesawat peninjau tiba pada jam 4 pagi. Misteri hilangnya Star Tiger dan Star Ariel hingga kini belum terungkai.
7. BSAA Star Dust
Apabila BSAA Star Dust, pesawat awam mirip pengebom Lancaster hilang ketika penerbangan dari Buenos Aires, Argentina ke Santiago, Chile pada tahun 1947, ia meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab. Pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasinya, tetapi pengendali radio itu berjaya menghantar satu mesej samar melalui kod morse 'STENDEC' sebelum ia hilang. Star Dust hanya ditemui 50 tahun kemudian apabila dua pendaki Argentina menemui serpihan enjin dan pakaian.
8. Flight 19
Pada petang 5 Disember 1945, enam tentera laut dikhuatiri hilang dan sekaligus memulakan lagenda Segi Tiga Bermuda. Satu jam setengah selepas berlepas dari Fort Lauderdale, Florida, juruterbang melaporkan sistem pesawat mengalami gangguan, kedua-dua kompas pesawat gagal berfungsi!
9. Amelia Earnhart mengelilingi dunia
Juruterbang wanita Amerika Syarikat ini hilang bersama pesawat Lockheed Electra pada 2 Julai 1937 ketika dia dan pembantunya, Fred Noonan cuba mengelilingi dunia. Dia yang juga wanita pertama terbang solo merentasi Atlantik, hilang berhampiran Pulau Howland di Lautan Pasifik.
0 comments:
Post a Comment