Cik Siti Online
Pembenihan Awan Dan Prosesnya
Dengan kejadian jerebu yang semakin hari semakin teruk melanda negara kita ini, ramai pihak yang menggesa supaya proses pembenihan awan perlu dilakukan walaupun kosnya sangat tinggi. Walau bagaimanapun ramai dalam kalangan kita sebenarnya tak tahu pun apa itu yang dimaksudkan dengan pembenihan awan. Pembenihan awan selalunya menggunakan bahan silver iodide dan karbon dioksida yang dibekukan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi menjelaskan, proses pembenihan awan atau ‘cloud seeding’ dilakukan untuk mempercepatkan pembentukkan hujan dan bukannya untuk mencipta air hujan. Katanya lagi, pembenihan tidak boleh dilakukan sesuka hati atau tanpa sebarang perancangan rapi. Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Lepas tu, awan juga mesti ada, wajib! Kaedah ini bergantung kepada suhu dan juga kandungan komposisi awan. Proses pembenihan awan sebenarnya adalah sangat kompleks dengan mengambil masa beberapa tahun latihan supaya proses itu menemui kejayaan. So Cik Siti harap orang ramai dapat bersabar jika kerajaan tidak dapat melakukan pembenihan awan buat masa ini.
Risiko lain bagi pembenihan awan adalah, tiada kawalan bagi tempat untuk menentukan di mana hujan akan turun. Apapun jom kita study proses pembenihan awan
TERDAPAT 3 JENIS PEMBENIHAN AWAN:-
Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.
Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan saiznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.
Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.
Kelebihan Dan Kekurangan Pembenihan Awan
Kelebihan
Mengurangkan kekeringan. Hujan boleh memberi air untuk tanaman.
Meningkatkan bekalan air bersih sehingga orang-orang di dunia boleh memastikan keperluan mereka selalu sedia.
Mengurangkan saiz ‘hailstones’. ‘Hailstones’ amat bahaya bagi orang dan hanya hujan dapat menghindarinya.
Mementikan ribut taufan yang utama yang terbentuk dan mengurangkan jumlah kerosakan.
Mengurangkan jumlah kabus di lapangan terbang sehingga keselamatan pesawat/ kapal terbang
untuk berlepas akan terjamin. Dalam kes jerebu juga boleh terpakai.
Kekurangan
Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian.
Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.
Pembenihan awan amat sangat komplek cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan).
Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh.
Kos yang mahal.
Sumber
0 comments:
Post a Comment