Cik Siti Online
Ambil Dadah Tanpa Sedar
FMFA 2014 dikatakan sebagai muzik tarian elektronik terbesar di Asia Tenggara (EDM) untuk menghimpunkan pelbagai artis diiktiraf antarabangsa malangnya dicemari dengan kejadian buruk dan menjatuhkan imej negara.
Kejadian ini, patut jadi ikhtibar kepada remaja lain supaya tidak mudah terpengaruh atau ingin mencuba-cuba kerana boleh membawa padah. Di pihak ibu bapa pula kena pastikan langkah kaki anak mereka. Awasi gerak-geri dan tahu siapa rakan anak supaya tidak terpalit dengan keruntuhan sosial sebegini.
Siapa yang patut dipersalahkan? Walau apa pun alasannya, banyak kepincangan yang boleh dipertikai! Penganjur dan penguat kuasa tidak sensitif, padahal tahun lalu ada juga penonton yang mati akibat terlebih dos ambil dadah.

Dipetik dari Berita Harian enam individu yang maut akibat pengambilan dadah berlebihan ketika konsert Future Music Festival Asia (FMFA 2014 di Bukit Jalil, kelmarin, mungkin mengambil dadah tanpa disedari.
Penganalisis Jenayah, Kamal Effendi Hashim berkata mungkin ada mangsa diperdaya sindiket dadah yang melarutkan bahan terlarang dalam minuman mereka.
Katanya, ahli sindiket kebiasaannya mencari mangsa baharu di tempat hiburan kerana lokasi berkenaan lebih mudah untuk menjual dadah dan mangsa mudah diperdaya.
“Mungkin ada dalam kalangan mangsa yang mengambil (dadah) dan ada juga yang terpedaya.
“Ini kerana ada dadah yang boleh dilarutkan dalam air dan mangsa mungkin ditawarkan oleh sindiket yang kononnya air berkenaan dapat memberi tonik tambahan untuk berhibur.
Campuran air, dadah
“Lebih memburukkan keadaan apabila campuran air dan dadah memberi kesan lebih buruk kepada individu yang meminumnya,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Mengulas mengenai petugas dan anggota keselamatan yang menjaga pintu masuk untuk mengelak dadah dibawa masuk, Kamal berkata, bukan mudah untuk membuat saringan terhadap pengunjung.
“Bukannya sedikit jumlah mereka yang hadir... terlalu ramai. Bukan mudah untuk mengenal pasti mereka yang membawa barangan terlarang. Apatah lagi barangan itu bersaiz kecil dan diletakkan di tempat tersorok,” katanya.
0 comments:
Post a Comment