Pages

Friday, November 14, 2014

Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip


Cik Siti Online - Info, Gosip, Hiburan & Keluarga

Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

Lama sungguh rasanya tak join segmen giveaway ni, maklumlah sekarang masa untuk mengemaskini blog sudah limited disebabkan urusan tertentu. Namun, tetap digagahi juga sebab nak menyokong blogger-blogger lain dengan menyertai segmen-segmen yang dianjurkan seperti segmen Giveaway ni.

Oleh kerana syarat yang dikenakan untuk join segmen giveaway Sarawak's Shopping Hauls Giveaway oleh blog Siti Yang Menaip ringkas dan mudah sesuai dengan keterbatasan masa sekarang, maka peluang yang ada digunakan untuk sertai segmen yang dianjurkan.

Hadiah yang tawarkan untuk pemenang bertuah pun menarik juga, totaly Made in Sawarak. Bukan senang nak dapat tu. Harap blog Cik Siti Online terpilih sebagai pemenang. Amin..

Senarai hadiah yang menanti pemenang

Alas meja tenun x 3 ( 3 Pemenang )
Sarawak tea x 1 ( 1 Pemenang )
Snek rumpai laut x 3 ( 3 Pemenang )
Snek sagu x 1 ( 1 Pemenang )
Snek Tabaloi x 2 ( 2 Pemenang )
Snek Pepper Jelly x 5 ( 5 Pemenang )
Keychain Sarawak x 10 ( 10 Pemenang )
Fridge Magnet x 2 ( 2 Pemenang )

Bagi kengkawan blogger yang belum join segmen ni, sertainya sekarang. Tarikh luput untuk segemen givaway tersebut tinggal satu hari sahaja lagi iaitu pada esok 16 November 2014. So, jangan tunggu lagi join sekarang dengan klik pada banner di bawah.

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/11/sarawak-borneo-trip-part-2-giveaway.html
Klik banner untuk sertai


Wednesday, November 12, 2014

Mangaku Juga Kau Akhirnya Sam


Cik Siti Online - Info, Gosip, Hiburan & Keluarga

Mangaku Juga Kau Akhirnya Sam


Thursday, November 6, 2014

Susah Sangat Ke Nak Sebut 'I Love U'


Cik Siti Online - Info, Gosip, Hiburan & Keluarga

Susah Sangat Ke Nak Sebut 'I Love U'


Friday, October 10, 2014

Faktor Penyumbang Kita Menjadi Pelupa


Cik Siti Online - Info, Gosip, Hiburan & Keluarga

Faktor Penyumbang Kita Menjadi Pelupa


Monday, October 6, 2014

Tips Untuk Didik Anak Tidur Di Biliknya Sendiri


Cik Siti Online - Info, Gosip, Hiburan & Keluarga

Tips Untuk Didik Anak Tidur Di Biliknya Sendiri


Sunday, October 5, 2014

2nd Giveaway by Miminadam


Cik Siti Online - Info, Gosip, Hiburan & Keluarga

2nd Giveaway by Miminadam


Thursday, October 2, 2014

Wow! CPUV Bulan Oktober Blog Cik Siti Online


Cik Siti Online

Wow! CPUV Bulan Oktober Blog Cik Siti Online


Sunday, September 28, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com


Cik Siti Online

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....


Monday, September 8, 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih


Cik Siti Online

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih yang bermula pada hari ini 6 September 2014 sehingga 13 September  2014. Mini GA ini berlangsung selama 1 minggu sahaja!! Jom cuba nasib..:)

[Nak join sila tekan banner di atas]

Hadiah :
Wang Tunai RM50 x 6
Pendrive 8gb x 5
Baju T-Shirt I AM x 5
Cool Hijab x 1
Thermos x 1
Camera Lomo x 1

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 


Saturday, September 6, 2014

Awas! Makanan Ringan Antara Penyebab Penyakit Kanser Payudara


Cik Siti Online

Awas! Makanan Ringan Antara Penyebab Penyakit Kanser Payudara

Cik Siti: Mengambil makanan ringan dewasa ini bagai sudah menjadi satu tabiat bagi sesetengah kaum wanita. Cik Siti sendiri pun dulunya memang gemar makan makanan ringan.

Tapi semenjak sudah berumah tangga pengambilan makan ringan terpaksa dikurangkan kerana bimbang kesan yang bakal datang bila terlalu kerap mengambil makanan ini.

Banyak juga cerita 'seram' dilaporkan oleh pakar pemakanan dan kesihatan di media massa tentang akibat yang perlu ditanggung apabila tidak mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan seimbang.

Kanser payudara merupakan penyakit yang sangat ditakuti oleh kaum wanita. Penyakit ini amat sukar dirawat dan boleh membawa maut sekiranya kita lambat melakukan pemeriksaan awal.

Oleh itu, Cik Siti nak sarankan kepada sahabat blogger dan juga pengunjung blog ini terutamanya golongan wanita supaya mengurangkan tabiat gemar makan makanan ringan ini kerana ia antara salah satu faktor penyebab terjadinya kanser payudara.

kanser-payudara-blog

Pengambilan Makanan Ringan Punca Kanser Payudara 

Amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan antara faktor penyebab berlakunya kanser payudara di kalangan kaum wanita negara ini.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Radiologi  Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati pengambilan makanan ringan  yang kerap dalam kauntiti yang banyak boleh menyebabkan berlakunya kanser payudara.

Menurut Dr Nik Munirah Nik Mahdi, lebih dari 150 kes kanser payudara yang direkaodkan setiap tahu di Hospital  Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan secara puratanya  dua hingga tiga kes kanser payudara dilaporkan dalam tempoh masa seminggu.

Berkata kepada pemberita, Dr Nik Munirah turut menjelaskan bahawa proses rawatan kanser payudara akan menjadi lebih mudah sekiranya kaum wanita mengambil langkah awal  mengesan kanser tersebut.

Sekiranya lewat melakukan rawatan awal, peluang untuk mereka sembuh amat tipis  kerana proses rawatan kanser payudara ini kebiasaanya akan mengambil masa yang panjang dan untuk disembuhkan jika sudah sampai ke tahap serius.

Diakhir temubualnya, Dr Nik Munirah  turut menasihatkan kepada masyarakat terutamanya kaum wanita supaya mengikis sikap malu untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemerikasaan awal.

Katanya lagi, penyakit ini boleh dicegah jika setiap wanita mengambil langkah melakukan pengesanan pada peringkat awal.

Sumber: Info Anda


Artis Malaysia Jangan Tiru Cara Ini Kalau Nak Buat Amal


Cik Siti Online

Artis Malaysia Jangan Tiru Cara Ini Kalau Nak Buat Amal

julian-elizabeth-hurly-kisses

Cik Siti: Demi wang apa sahaja sanggup dilakukan. Cik Siti harap tak ada artis Malaysia mengikut contoh seperti yang dilakukan oleh artis barat ini.

Tapi, Cik Siti tak salahkan mereka, melakukan aksi ciuman untuk mendapatkan dana bagi membantu badan amal adalah salah satu cara juga.

julian-elizabeth-hurly-cium

Elizabeth Hurly Sanggup Dicium Untuk Bantu Badan Amal

Seorang ahli perniagaan kaya di Amerika, Julian Bharti sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan ciuman daripada seorang pelakon wanita Hollywood terkenal iaitu Elizabeth Hurly.

Dalam satu majlis amal yang dinajurkan oleh Elton John itu, Julian telah membelanjankan wangnya sebanyak AS$80,000 (RM254,600) untuk disumbangkan kepada beberapa buah badan amal di negara itu.

Ketika ditemubual, Elizabeth menyatakan bahawa dirinya tidak kisah melakukan adegan intim tersebut bersama Julian walau mengetahui ahli perniagaan itu adalah suami orang, Elizabeth juga menjelaskan kesanggupanya dicium di depan khalyak ramai adalah bertujuan untuk membantu orang lain.

Para tetamu yang hadir dalam majlis amal tersebut turut bertepuk tangan dan bersorak apabila melihat kedua-dua pasangan itu melakukan aksi ciuman yang mengghairahkan.

Isteri kepada ahli perniagaan itu, Christy yang turut hadir menyaksikan acara amal tersebut tidak merasa cemburu malah menganggap perbuatan suaminya melakuan aksi ciuman bersama aktres Hollywood berkenaan  sebagai sebahagian bagi menjayakan aktiviti amal.

Sumber: Info Anda


Friday, July 25, 2014

Berjoging Memendekkan Jangka Hayat Hidup?


Cik Siti Online

Berjoging Memendekkan Jangka Hayat Hidup?

Mereka yang malas berjoging mungkin boleh tersenyum membaca laporan ini. Kajian menunjukkan mereka yang suka berjoging dan mereka yang langsung tidak bersenam, sama-sama mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding mereka yang melakukan senaman secara sederhana.

Walaupun ramai yang berpendapat senaman hanya membuang masa, namun kajian terkini membuktikan joging berlebihan sebenarnya juga tidak sihat.

Menerusi satu laporan yang di www.mirror.co.uk, mengatakan bahawa para saintis di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang panjang umur adalah dalam kalangan yang melakukan senaman secara sederhana.

Sederhana yang dimaksudkan ialah berlari dalam masa dua hingga tiga jam dalam seminggu.

 Namun, dalam kajian yang sama turut mendapati bahawa mereka yang tidak bersenam langsung juga mempunyai jangka hayat yang pendek.

jogging

Para saintis juga masih belum pasti mengapa mereka yang gemar berjoging mempunyai jangka hayat pendek, namun berpendapat ini kerana mungkin mempunyai masalah berkaitan kesihatan jantung.
Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Kardiovaskular Lehigh Valley Health Network di Pennsylvania, AS, telah melakukan kajian tersebut ke atas 3,800 pelari.

Peserta yang terlibat terdiri daripada lelaki dan wanita yang mempunyai usia purata 46 tahun.

Hampir 70 peratus daripada peserta tersebut berkata, mereka berlari lebih dari 20 batu seminggu.

Para pengkaji turut menganalisis ubat-ubatan yang diambil peserta dan sama ada peserta mempunyai penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi atau mempunyai sejarah menghisap rokok.

Mereka turut mendapati bahawa tiada satu pun di antara faktor berikut yang boleh menjelaskan kenapa mereka yang kuat berjoging mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Dr. James O'Keefe, yang meneliti kajian tersebut mempercayai dapatan tersebut diperoleh akibat ‘kecederaan’ pada tubuh badan mereka yang gemar berlari.

Beliau turut mengambil kesempatan menasihatkan orang ramai yang gemar berjoging agar mengurangkan aktiviti tersebut secara perlahan-lahan dan berperingkat. Sumber


Giveaway Mei by Ainruslee


Cik Siti Online

Giveaway Mei by Ainruslee

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Giveaway
(Klik banner di atas untuk join)

HADIAH
Cash 30 x 1 Pemenang
 Topup RM10 X 1 Pemenang
 Ferwhite 500G X 1 Pemenang
      Pencil  Case Comel X 1 Pemenang 

Sangat mudah jer syaratnya. Jom ramai-ramai meriahkan GA Ainruslee!! 






Taylor Swift Cedera Demi Gitar!


Cik Siti Online

Taylor Swift Cedera Demi Gitar!

taylor swift

PENYANYI terkenal Hollywood, Taylor Swift telah mula belajar bermain gitar dan mencipta lagu seawal usia 12 tahun lagi.

Pelantun Red ini menceritakan kesungguhannya untuk mahir bermain gitar sehingga pernah memetiknya tanpa henti selama berjam-jam.

“Masa mula-mula belajar main alat muzik, saya akan petik gitar sampai jari saya berdarah.

“Tapi semuanya berbaloi sebab kerana peristiwa itu, saya boleh mencipta banyak lagu sendiri sehingga sekarang,” katanya.

Biodata Ringkas Taylor Swift

Nama asli : Taylor Alison Swift
Tanggal lahir : 13 Desember 1989 
Lahir di : Wyomissing, Pennsylvania, AS 
Zodiac : Sagittarius
Tinggi : 180m
Ayah : Scott Swift
Pekerjaan Ayah: Perantara Perdagangan Saham
Ibu: Andrea Swift
Saudara: Austin (adik)
Popular Sejak : Merilis single "Tim McGraw" (2006)




Tuesday, July 8, 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80


Cik Siti Online

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Assalamualaikum,

giveaway
klik banner untuk join

Senarai Hadiah

1) Duit Raya bernilai RM50
2) Duit Raya bernilai RM30
3) Duit Raya bernilai RM20

Tarik Mula : 4 Julai 2014 
Tarikh Tutup : 21 Julai 2014
Tarikh Keputusan : 25 Julai 2014

Jom ramai -ramai meriahkan segmen ni..


Sunday, July 6, 2014

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih


Cik Siti Online

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

Assalammualaikum,
Giveaway

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]


Hadiah :
Wang Tunai RM50 x 20 Pemenang
Kad Raya Limited Edition by Emas Putih x 100




Thursday, July 3, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My


Cik Siti Online

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalamualaikum,

Siapa nak duit raya? Siapa yang tak nak duit kan? Jadi sempena Syawal yang akan tiba Nile.Com.My dengan baik hatinya nak bagi duit raya kepada anda.

giveaway

Hadiah
2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 xPemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai
- See more at: http://mii-and-himm.blogspot.com/2014/07/saya-nak-duit-raya-rm300-daripada.html#more
Hadiah-hadiahnya:
 
RM300 tunai untuk 2x pemenang bertuah
RM100 tunai untuk 4x pemenang bertuah

 
Syarat Penyertaan:
 
1. Tajuk : Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

2. Letak Banner di atas di dalam entri dan link kan ke
http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

3. Ceritakan apa anda nak buat kalau anda menang rm300 untuk ramadhan atau hari raya nanti

Kalau Cik Siti Menang RM300 Cik Siti nak beli baju raya untuk anak-anak Cik Siti..:)

4.Emailkan ke give_away@nile.com.my

Raya Giveaway(nama penuh)
a. Link Blog :
b. Nama Penuh :
c. H/P Number :

Tarikh tamat giveaway  21/7/2014 11.59p.m
Keputusan akan diumumkan pada 4.30pm 23/07/2014
pemenang bertuah akan dihubungi via email dan h/p untuk claim hadiah.. 
- See more at: http://mii-and-himm.blogspot.com/2014/07/saya-nak-duit-raya-rm300-daripada.html#more
Keputusan akan di umum pada 23/7/2014 4.30p
 
Pemenang bertuah akan dihubungi via email dan h/p untuk claim hadiah

Semak senarai peserta----> klik sini

Good luck
Nile.Com.My#sthash.glGGD7hX.dpuf
Jom join GA dari nile.com.my ni
Jom join GA dari nile.com.my ni
Jom join GA dari nile.com.my ni


Thursday, June 19, 2014

5 Tanda Kekasih Anda Bukan Orang Yang Tepat Untuk Anda


Cik Siti Online

5 Tanda Kekasih Anda Bukan Orang Yang Tepat Untuk Anda

Dilema- tanda kekasih anda bukan orang yang tepat untu anda

Pernahkan anda pernah mengalami situasi di mana anda tiba-tiba keliru dan berbelah bahagi sama ada si dia benar-benar tepat untuk anda untuk dijadikan calon suami atau tidak.

Memang dalam sebuah hubungan, setiap orang menginginkan yang terbaik hingga  ke akhir hayat. Namun sebelum perhubungan menjadi ikatan yang lebih serius kita sebagai wanita berhak memilih yang terbaik untuk masa depan kita. Lebih baik bersedih akibat putus cinta dari tersiksa seumur hidup akibat tersalah pilih pasangan.

Tapi, bagaimana caranya kita  tahu bahawa si dia adalah pasangan yang benar-benar terbaik? Berikut 4 tanda kekasih anda bukan orang yang tepat untuk anda:

1. Bolehkah kekasih anda menerima masa lalu anda?

Hampir setiap orang  punya masa lalu samada baik atau tidak. Tapi jika kekasih anda tidak boleh menerima masa lalu anda, dia bukanlah orang yang terbaik untuk anda. Apalagi jika si dia sering mengungkit dan menyalahkan masa lalu anda setiap kali berlaku krisis dalam perhubungan, maka kekasih anda itu bukan orang yang tepat untuk kehidupan anda. 

2. Apakah kekasih anda marah ketika anda sedang beremosi?

Tidak kira lelaki atau wanita pasti akan mengalami keadaan yang beremosi. Berbeza dengan lelaki yang tidak suka memperlihatkan emosi mereka, wanita lebih sensitif dan suka meluahkan emosi mereka. 

Tak semua lelaki tahu wanita menangis untuk membuat kita merasa lebih tenang. Tetapi jika anda sering dimarah setiap kali anda menunjukkan emosi anda  terlebih lagi ketika anda sedang dalam keadaaan berduka , itu ertinya kekasih anda bukan orang yang tepat untuk anda.

3. Adakah kekasih anda kaki pukul dan bertindak kasar?

Jika pasangan anda suka main pukul dan bertindak kasar ertinya anda perlu segera mengucapkan selamat tinggal kepada dia. Lelaki  yang kaki pukul dan bertindak kasar ertinya dia tak mampu mengawal nafsu amarah dalam dirinya. Nafus dalam dirinya sendiri pun dia tak boleh kawal bagaimana pula ia nak mengendalikan dan mengatur rumahtangga yang akan di bina bersama anda?

4. Kekasih anda seorang kasanova?

Kasanova atau playboy memang nampak cute di drama atau movies, tapi tidak di kehidupan sebenar terutama ketika anda masih bersama si dia. Mereka takan pernah setia pada anda. Anda takkan pernah merasa gembira dengan jejaka kasanova ini. Tinggalkan sahaja kekasih kasanova anda. Lain lah anda sanggup makan hati berulam jantung asal dapat bersama si dia.

5. Tidak pernah bertengkar?

Bukan bermaksud bertengkar dengan kekasih anda adalah hal yang baik. Anda mungkin menganggap bahawa tidak pernah bertengkar dengan kekasih anda adalah sesuatu yang patut dibanggakan. Tetapi jangan merasa terlalu gembira kerana tidak bertengkar boleh menjadi tanda bahawa dia bukanlah orang yang tepat untuk anda.

Pasangan yang bertengkar berarti hubungan mereka sudah cukup stabil. Maka jika tidak ada yang memulai pertengkaran di antara anda berdua, berarti hubungan anda sangat hambar dan bukanlah hubungan yang erat.



Wednesday, June 18, 2014

Derita Si Ibu Dizalimi Anak Sendiri


Cik Siti Online

Derita Si Ibu Dizalimi Anak Sendiri

XIAOMING dimandikan selepas hampir sebulan dikurung tanpa diberi makan oleh anaknya

Cik Siti macam tak percaya wujud manusia yang sanggup melakukan hal ini? Dimanakah hilangnya sifat perikemanusiaan dan kasih sayang dalam diri anak wanita ini. Sedangkan binatang pun tak layak dilayan begini apa lagi seorang insan yang bergelar IBU.

Nasib baik seorang daripada jiran mereka memuat naik gambar ibu malang ini dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa. Untuk berita lebih lanjut sila baca di bawah.

Hunan (China): Seorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri. Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa datang melawat mangsa.

Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya melalui tingkap biliknya ketika anaknya tiada di rumah.

“Tolong, beri saya makanan,” adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet.

Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci.

Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati.

Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban.

“Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan.

“Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.- hmetro

Nota : Lama tak update blog sebab menjaga bonda tercinta yang sakit. Namun Allah lebih menyayanginya. Akhirnya pada tanggal 12hb Jun bonda Cik Siti menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga roh arwah Tumijah Binti Selamat dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

AL-FATIHAH



Monday, June 2, 2014

JENIS-JENIS WANITA YANG TIDAK PATUT DIJADIKAN ISTERI


Cik Siti Online

JENIS-JENIS WANITA YANG TIDAK PATUT DIJADIKAN ISTERI

 jenis wanita yang tak patut dijadikan isteri

Jika sebelum ini Cik Siti ada berkongsi info tentang jenis-jenis lelaki yang tidak patut dijadikan suami, hari ini Cik Siti nak berkongsi pula tentang jenis-jenis wanita yang tidak patut dijadikan isteri pula. Jom semak:-

1. Wanita Ananah 

Wanita yang suka berkeluh-kesah. Ada sahaja yang tak berpuas hati dan serba tak kena dengan pemberian dan perbuatan suami. Dengan kata lain, tidak pandai bersyukur dengan apa yang ada. 

2. Wanita Mannanah 

Banyak mengungkit jasa dan pengorbanannya terhadap suaminya. Wanita jenis ini banyak kita temui dalam masyarakat kita pada hari ini. Misalnya, "Kalau bukan loan rumah ni saya yang buat.Kalau bukan dengan gaji saya, tak dapatlah beli kereta ni. Kalau bukan sebab saya, awak takkan hidup senang macam ni.." 

3.  Wanita Hannanah

Menyatakan kasih sayangnya kepada ex suami/kekasih, atau kepada anak dari suaminya yang lain.Wanita ini juga berangan - angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada . Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu . Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan . 

4. Wanita Basaqah

a. Wanita yang suka bersolek dan sebahagian besar masanya dihabiskan untuk berhias. Wangnya dihabiskan untuk membeli make - up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji - puji. Biasa sangat terjadi di kepada wanita hari ini, di rumah biasa sahaja. Namun, bila pergi kenduri-kendara, berhias dan melawa mengalahkan pengantin.

b. Makan bersendirian(tak ajak suami), asing bahagiannya, mencela makanan serta memilih makan. Alasannya, tidak biasa makan sedemikian sejak kecil. Mereka yang biasa hidup urban dan makan makanan yang sedap-sedap akan sukar untuk biasakan diri makan makanan yang biasa-biasa. Sebab itu, bila pilih isteri, pilih yang boleh makan apa yang kita biasa makan. 

5. Wanita Haddaqah 

Pantang nampak yang berkenan di matanya, terus memaksa si suami belikan walaupun suami tidak mampu sehingga membebankan suami untuk mencari duit belikan barang yang dia ingini. Tidak peduli langsung suami bersusah payah untuk mencari sesuap nasi,  dia boleh pula bermati-matian bertekak untuk dibelikan juga rantai dan barang kemas yang disukai sebagai contoh.

6. Wanita Syaddaqah

Wanita yang banyak cakap tentang perkara yang sia - sia (termasuk mengumpat. Mengada-ngada sakit. Sakit yang kecil dibesar-besarkan walaupun taklah sakit sangat sebenarnya sehingga menyusahkan suaminya. 

7. Wanita Mukhtali'ah

Iaitu wanita yang mudah meminta cerai dan talak dari suaminya tanpa sebarang sebab yang munasabah.  Tak sependapat dengan suami, minta cerai. Suami tak belikan barang, minta cerai. Suami tak bagi duit, minta cerai. Cerai sahaja yang dia tahu. 

Istri mukhtali’ah ini akan mendapat kerugian dunia mahupun akhirat.
Rasulullah saw bersabda :

“Seorang wanita yang minta cerai dari suaminya tanpa suatu alasan sah diharamkan baginya mencium bau syurga”(HR Ahmad, Tirmidzi)

8. Wanita Mubariyah 

Wanita yang berbangga diri di depan wanita-wanita lain dan yang menyombongkan diri dengan hal-hal dunia (harta, pangkat, kecantikan, kemewahan) yang ada padanya. Ini biasa terjadi pada wanita-wanita yang ada status dan pangkat.  Si isteri berbangga-bangga dengan keretanya, kerjayanya dan apa saja sehingga kebanggaan melampau dirinya itu mengaibkan suami. Bila isteri dibenci orang, suami pun terpalit sama.

9. Wanita Ahirah

Iaitu wanita-wanita fasik yang tidak boleh diberikan nasihat atau tak makan nasihat oleh orang lain. Kiranya dia sahaja yang betul di dunia ini.

10. Wanita Nasyiz 

Wanita yang suka membantah dan melawan suaminya, baik dengan perkataan atau perbuatan. Wanita yang baik, dia memberikan pendapat dan idea. Bukannya membantah dan melawan. Jika tak setuju, utarakan pandangan dengan baik dan tutur kata yang tidak menyakitkan hati suami. Sama ada suami kita nak dengar atau tidak pendapat itu terpulang pada si suami.

Akhir kata, mari kita sama- sama muhasabah diri dan perbaiki sikap kita. Rasulullah telah menghimpunkan sifat-sifat wanita impian dalam tiga kalimah Baginda yang singkat tetapi berhikmah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud (au kama qaal):

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang sebaik-baik perbendaharaan atau khazanah yang disimpan oleh seseorang? Iaitu wanita solehah, yang jika suaminya memandang maka suaminya akan rasa senang. Jika suaminya menyuruh, maka dia taat. Dan jika suami berpergian, maka dia pandai menjaganya (harta suami, maruah dan sebagainya)." (HR Abu Dawuud dari Ibnu Abbas)

sumber


Rapid Pork Food Test’ Alat Pengesan DNA Babi


Cik Siti Online

Rapid Pork Food Test’ Alat Pengesan DNA Babi

Rapid Pork Food-alat pengesan dna babi

Umat Islam di negara ini kini tidak perlu bimbang atau ragu-ragu mengenai status kehalalan sesuatu produk makanan, minuman dan kegunaan harian yang terdapat di pasaran kerana mereka boleh menggunakan alat yang mampu mengesan DNA babi pada barangan tersebut.

Produk Rapid Pork Food Test edaran Iftitah Solutions (M) Sdn. Bhd. (Iftitah Solutions)merupakan inovasi dari Rusia, pertama kali dipasarkan di negara ini untuk membantu pengguna mengenal pasti kewujudan DNA haiwan itu dengan mudah dan cepat.

Pengurus Iftitah Solutions, Abd. Syukor Othman, 39, berkata, produk tersebut me­rupakan kaedah terbaik setanding dengan pelaksanaan ujian di makmal.

Konsep penggunaannya sama seperti alat ujian kehamilan. Pengguna berupaya mengenal pasti kehadiran DNA babi pada makanan dan minuman dengan cepat tanpa melibatkan kos yang tinggi berbanding ujian di makmal.

Bentuknya yang kecil dan mudah menjadikan ia sesuai di bawa ke mana sahaja dan wajib ada dalam beg tangan anda," Sumber


Wednesday, May 28, 2014

Asam Keping Petua Untuk Kempiskan Perut


Cik Siti Online

Asam Keping Petua Untuk Kempiskan Perut

asam keping-petua kempiskan perut

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan kita berasa malu dan mengurangkan  keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai. Ramai orang yang berperut buncit terutama kaum wanita selepas melahirkan anak. Kalau tak jaga pantang betul-betul memang mudah perut buncit.

Teringin mendapatkan yang kecil dan rata?  Tahukan anda dengan hanya menggunakan bahan yang murah dan mudah di dapati seperti asam keping, dapat membantu anda untuk mengatasi masalah perut buncit. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Tak salah untuk kita mencuba kan.

Cara-Caranya

1. Ambil satu atau dua keping asam keping dan rendam dalam secawan air panas.

2. Biarkan selama beberapa jam sehingga asam keping  kembang dan air bertukar menjadi suam. 

3. Minumlah setiap pagi dan malam. 

Kesannya perut anda akan mulai kempis. Namun, perkara ini harus juga disertai dengan disiplin dan amalan pemakanan yang sihat, ya?


1st Mini Giveaway By Atikah Aziz


Cik Siti Online

1st Mini Giveaway By Atikah Aziz

Giveaway
klik banner untuk join

HADIAH :

Cash RM50 x 1
Top Up RM10 x 1
Top Up RM 5 x 2

Tag

Jom ramai-ramai meriahkan Giveaway ni. GA ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja.
Start pada 18 Mei 2014 sehingga 31 Mei 2014

Pemenang pula akan diumumkan pada tarikh yang ditetapkan tuan punya blog samada  pada 1 @ 2 Jun 2014 dan akan dipilih melalui random.org 


Tuesday, May 27, 2014

Emma Watson Terima Ijazah dari Brown University


Cik Siti Online

Emma Watson Terima Ijazah dari Brown University

emma watson- berjubah konvo

BINTANG filem Harry Porter, Emma Watson telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam ijazah dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dari Brown University.

Menurut Emma Watson, bergelar selebriti ternyata tidak menganggu pembelajarannya, malah dia tetap menjalani kehidupan pelajar yang normal sepanjang pengajiannya.

"Sepanjang saya belajar, tidak ada orang yang datang untuk meminta autograf. Malah, ia merupakan pembelajaran yang tenang tanpa dibayangi kerjaya seni," katanya yang mengambil keputusan berehat buat seketika bagi membintangi filem, The Perks of Being A Wallflower.

Di sebalik kesibukan dalam pelajaran, Emma Watson sempat juga menjayakan filem, Harry Potter and the Deathly Hallows, The Perks of Being a Wallflower, This is the End, dan  yang terbaru filem bergenre epik, Noah.

Untuk pengetahuan Emma Watson memasuki Universiri Brown pada 2009 dan kemudiannya bertukar ke Universiti Oxford pada 2011 bagi menyambung pengajian untuk tahun ketiga.

Tahniah diucapkan kepada Emma Watson. Semoga dia akan terus success dengan kerjayanya selepas ini. Sumber


Monday, May 26, 2014

Gaya Rambut Terbaik Untuk Lelaki


Cik Siti Online

Gaya Rambut Terbaik Untuk Lelaki

Fesyen bukan sahaja terhad kepada menggayakan pakaian semata-mata, tetapi gaya rambut juga menjadi fesyen dan ikutan dari zaman ke zaman.

Gaya unik ini menjadi ikutan pada masa kini kerana dapat memberikan personaliti unik kepada seseorang itu. Tetapi haruslah sesuai dengan bentuk muka dan warna kulit anda agar kelihatan lebih kacak dan tampan.

Bosan dengan fesyen rambut yang sama sejak berzaman? Oleh itu, di sini Cik Siti ingin berkongsi dengan anda beberapa fesyen rambut yang boleh dijadikan inspirasi kepada lelaki di luar sana.

1. Layered

Gaya rambut layered atau berlapis amat popular di seluruh dunia. Rambut dibiarkan panjang di belakang dan berlapis-lapis, rambut  depan dibiar menutupi bahagian dahi. Gaya ini membuatkan anda kelihatan fresh dan ranggi.

layered hairstyle



















2. Straight


Mereka yang bekerja dalam bidang kreatif seperti fotografi  dan reka bentuk dalaman amat sesuai dengan gaya ini. Rambut dipotong pendek dan tebal dengan hampir tiada lapisan. Gaya ini menampakkan sisi kemas anda di samping bergaya.

straight hairstyle












3. Spiky

Gaya rambut spiky atau pacak seperti gaya Mohawk amat popular buat lelaki. Gaya ini dapat membuatkan si jejaka nampak stylo, ranggi dan bertenaga.

spiky hairstyle- rambut pacak












4. Sleek

Gaya rambut ini sememangnya klasik. Gaya ini menonjolkan personaliti yang kemas buat si jejaka dan sering digayakan di pentas peragaan.

sleek hairstyle












5. Brit Rock

Gaya rambut Brit Rock sememangnya 'cool' dan ranggi. Rambut hadapan didandan seperti 'fringe' dan untuk gaya lebih ranggi, berikan sedikit suntikan gaya 'messy' yang tidak keterlaluan.

brit rock hairstyle











6. Pompadour

Gaya ini amat sinonim dengan Elvis Presley, lagenda rock n roll. Dengan jambul di hadapan, gaya ini akan memberikan kamu tampak lebih yakin,  stylo dan membuatkan anda kelihatan seorang yang bercita rasa tinggi. Namun, kamu perlu berhati-hati dengan jambul kamu itu agar tidak terlalu panjang kerana ia akan membuatkan kamu nampak pelik.

pompadour- rambut berjambul
7. Messy atau Tidak Kemas

Gaya Messy atau tidak kemas melambangkan keberanian. Tidak ada bentuk rambut khusus untuk gaya rambut messy ini, ia hanya perlu kelihatan tidak kemas!

messy hairstyle-tidak kemas












8. Bed Head


Berbanding messy Bed Head lebih sesuai untuk si jejaka yang berimej band boy yang sememangnya ranggi.  Bed  Head adalah gaya rambut yang popular di lewat 90-an." Rambut ala-ala messy dan berantakan selepas bangun tidur ini amat mudah digayakan.

bed head hairstyle












9. Beralun semula jadi

Gaya rambut beralun semulajadi juga popular untuk digayakan oleh jejaka. Rambut dibiarkan sederhana panjang tetapi tidak terlalu mengerbang. Gaya rambut ini mudah untuk digayakan dan dapat memberikan imej bersahaja namun penuh dengan daya tarikan.

beralun semulajadi












10. Razor Cut

Gaya razor cut untuk lelaki telah menjadi sangat popular sejak beberapa tahun lalu. Dalam gaya rambut lelaki, teknik memotong dengan pisau cukur adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan ketebalan rambut secara semula jadi. Lapisan yang dipotong dengan pisau cukur juga mewujudkan tekstur dan sesuai untuk bentuk jenis rambut lurus.

razor cut hairstyle



Sikap Yang Membuat Lelaki Terpesona Kepada Wanita


Cik Siti Online

Sikap Yang Membuat Lelaki Terpesona Kepada Wanita

sikap wanita yang mempersona kaum lelaki

Sesungguhnya Allah menciptakan lelaki dan wanita dengan sifat dan sikap yang berlawanan untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Perwatakan wanita  itu sangat berwarna warni dan penuh kejutan dan ditambah lagi beragamnya karakter. Manakala perwatakan lelaki pula lebih kepada satu warna sahaja dan tidak beragam karakter.

Berwajah cantik dan bentuk tubuh ideal memang satu bonus untuk kaum Hawa dan selalu mengundang perhatian kaum Adam. Tak hairan jika wanita berlumba-lumba untuk tampil menarik untuk menarik perhatian.

Namun, penampilan bukan satu-satunya ukuran yang membuat wanita tampak persona di mata lelaki. Dari sikap dan hal yang sering wanita lakukan, ada beberapa yang lelaki kagumi dan mendambakannya secara diam-diam. Dikutip dari Vemale, berikut 5 sikap wanita yang membuat lelaki kagum dan terpesona dibuatnya.

1. Saat Wanita Masuk Dunia Lelaki

Wanita tidak menyukai dunia lelaki, kerana wanita tidak memahami dunia mereka. Wanita lebih sanggup menhabiskan masa berjam untuk keluar shopping padahal lelaki lebih gemar menonton bola atau memancing.

Sebagai wanita kita kena bijak menyesuaikan diri dengan minat lelaki. Kalau wanita berjaya masuk dan akrab kedua hal tersebut, percayalah kaum adam pasti akan kagum. Kerana bagi lelaki, hal tersebut sangat jarang dilihat, dan akan membuat mereka akan akrab dengan anda.

2. Saat Anda Merancang Dengan Teliti

Lelaki adalah makhluk yang  yang paling simple sekali di dunia. Mereka suka melakukan sesuatu tanpa perlu merancang selama berbulan-bulan. Malah jika mereka perlu outstation atau bercuti , hanya satu beg sudah mencukupi untuk mereka.

Berbeza wanita, mereka tidak berapa suka melakukan sesuatu tanpa dirancang terlebih dahulu.Dan pasti bawa beberapa buah beg untuk bercuti walaupun untuk sehari.  Itulah yang membuat lelaki hairan sekaligus kagum. Apalagi jika rencana anda atau perancangan anda benar-benar bermanfaat.

3. Saat Anda Mendukung Si Lelaki

Setiap lelaki punya minat dan kesukaan yang berbeza. Jangan jadikan minat mereka sebagai jarak pemisah antara kita.  Lelaki tidak suka apabila di kongkong dan diarah sesuka hati. Jadilah kawan kepada mereka terlebih dahulu sebelum menjadi kekasih.

Biarkan mereka menikmati hobi atau kesukaannya, maka itu adalah hal yang sangat indah bagi lelaki.  Apatah lagi anda prihatin dan mendukung apa yang dilakukan si lelaki. Si dia pasti akan lebih menghargai anda dan senang atas perhatian anda.

4. Saat Anda Jual Mahal

Pernah melihat situasi ini? Ada lelaki 'hot' di kampus atau pejabat, ramai peminat wanita dan memberi perhatian lebih. Tapi ternyata si lelaki lebih mengejar wanita 'low profile'  yang tidak terlihat berminat pada si lelaki. Kes seperti ini sering terjadi, kerana lelaki rasa tercabar untuk mengejar atau menakluki hati wanita itu dari wanita yang terhegeh-hegeh datang sendiri kepadanya.

5. Ceria Dan Suka Bergurau

Wanita yang ceria dan suka bergurau ternyata mampu membuat lelaki tergila-gila, apalagi jika si wanita  boleh membuat situasi yang suam-suam kuku jadi fun. Bagi lelaki, wanita cantik itu sangat ramai, tetapi wanita yang boleh diajak bergurau dan membuat situasi lebih hidup sangat sedikit. Kerana itu wanita jenis ini disukai lelaki.

Jadi jika anda mempunyai sikap dan perilaku demikian jangan di hilangkan. Kerana bagi lelaki 5 sifat demikian sangat menyenangkan dan mempersonakan mereka.


Thursday, May 22, 2014

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014


Cik Siti Online

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cik Siti bergiveaway lagi. Hadiah yang disediakan pun menawan kalbu. Harap-harap ada la rezeki Cik Siti nanti.

Banner- giveaway

Klik Banner Untuk Join
Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 dilancarkan buat julung kalinya. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.

Hadiah :-

Perfume Sample Grade 5A
Dress
Custom Made T-Shirt Geek
Shawl
Mistery Gift
Collagen Lips Mask
Tudung Bawal
Topup

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 ditaja oleh [ DJH ] [ Rexylla ] [ Fatihah Fazlin ] [ Auni Sofea ] [ Rara Farhana ] [ Ana Solehah ] [ Ain ] [ Eryati ]Jom ramai- ramai memeriahkan Giveaway kali ini!!...


Wednesday, May 21, 2014

Jom Check SEO Blog Anda


Cik Siti Online

Jom Check SEO Blog Anda

Assalamualaikum. Jom check sama ada blog kita mesra SEO atau tidak. Sebelum tu serba sedikit tentang Seo dari orang yang bukan pakar.

SEO adalah kependekan dari perkataan search engine optimization. Kebanyakan pengunjung blog berasal dari mesin pencari seperti Google, Yahoo, dan Bing. Kiranya SEO berfungsi sebagai orang tengah antara laman blog kita dengan pengguna mesin pencari. Ikut kepahaman Cik Siti la. Kalau silap sila betulkan ya.

Kalau rasa nak tingkatkan traffic blog dan pengunjung yang berkualiti sila lah menambahbaik markah SEO blog anda. Berbalik pada tajuk Cik Siti nak kongsi cara check SEO blog

Langkah pertama, masuk ke laman web CheckMySEO BlogLepas itu masukkan url blog anda di dalam ruangan yang disediakan seperti pada gambar di bawah. Akhir sekali klik pada butang Check SEO Scroe. Siap.


 check SEO-chkme

Ini lah score SEO Cik Siti setelah menukar blog templete beberapa hari lepas hasil bantuan Mr.K. 

score ciksiti-SEO



Petua Supaya Lekas Mendapat Teman Hidup


Cik Siti Online

Petua Supaya Lekas Mendapat Teman Hidup


love cat-teman hidup

Umur makin meningkat, lilin di kek harijadi makin bertambah tiap tahun  dan orang sekeliling mula bertanya "bila nak kahwin?" Pasti tertekan bukan? Pasti ada sedikit perasaan cemburu apabila melihat sahabat baik atau teman sekeliling sudah berjumpa kekasih hati.

Apa yang lebih membuatkan kita terasa apabila teman-teman yang memiliki pasangan ini sudah merancang untuk melanjutkan hubungan cinta mereka hingga ke gerbang perkahwinan sedangkan diri kita masih lagi solo dan terus setia menanti teman hidup yang tak kunjung tiba.

Pada artikel kali ini, cik siti ingin berkongsi beberapa tips atau panduan yang boleh dijadikan rujukan kepada anda supaya lekas mendapat teman hidup. Selain dari doa yang tak putus-putus, dengan berkat usaha yang berterusan pasti akhirnya akan membuahkan hasil. Tidak salah sekiranya kita mencuba.

1. Jangan mencari kesempurnaan

Mengapa kita sukar mendapat jodoh? Puncanya mungkin disebabkan kerana kriteria jodoh yang kita cari terlalu sempurna. Kita ingin jodoh yang hensem/cantik, berpangkat, keturunan baik-baik dan beriman. Keinginan macam itu memang tidak salah, tapi jika hal tersebut dijadikan syarat untuk mencari jodoh maka kita telah menyulitkan diri sendiri.

Itulah sebabnya Rasulullah mengatakan jika kita tidak dapat memperoleh semuanya, maka pilihlah yang agamanya paling baik. Hal itu bermakna mungkin saja jodoh kita orang yang miskin, tidak berpangkat, bukan keturunan orang baik, akan tetapi kita perlu menerimanya asalkan memiliki agama/akhlaq yang baik. Jangan kita menginginkan kesempurnaan dari orang lain, sedangkan diri kita tidaklah sempurna.

2. Memperluas Pergaulan

Dengan pergaulan yang luas kita lebih banyak mendapatkan pilihan. Seringkali jodoh itu datang bukan dari perkenalan langsung, tapi dari kenalan teman kita. Itulah gunanya pergaulan yang luas. Ibarat seorang nelayan yang menebarkan jaringan yang luas untuk mendapatkan ikan yang lebih banyak.  Tapi harus diingat kita digalakkan memperluas pergaulan tapi harus ada batas dalam pergaulan antara jenis lawan.

3. Jangan Memaksa Diri Untuk Menerima Cinta

Jika kita berharap agar mendapat cinta yang sejati, maka jangan terlalu memaksa diri menerima cinta seseorang jika kita tidak yakin boleh menerima seadanya cinta tersebut. Cinta tetap akan hadir dalam hidup walau selama mana kita menunggu. Jangan sesekali menerima cinta seseorang disebabkan terpaksa atau tiada pilihan kerana itu akan menunjukkan diri kita sangat terdesak untuk mendapatkan cinta atau teman hidup.

4. Tidak Perlu Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Terdapat segelintir wanita masa kini gemar membuat perbandingan diri mereka dengan orang lain.  Setiap wanita yang diciptakan Tuhan memiliki keistimewaan tersendiri. Jadi, tidak perlu gusar sekiranya lambat mendapat jodoh kerana setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan untuk saling melengkapi. ? Belajar dulu mencintai diri sendiri baru pikir mencari cinta orang lain. Dengan mencintai diri sendiri akan membuatkan kita merasa lebih yakin dan secara automatiknya dengan izin Tuhan cinta sejati akan datang dengan sendirinya.

5. Bersederhana Dalam Penampilan

Berpenampilan cantik dan elegan pasti akan membuatkan kita kelihatan menawan pada pandangan mata sang lelaki, namun tidak perlu berlebih-lebihan sehingga sanggup membazir wang ringgit. Jadilah diri sendiri kerana cinta yang tulus dan suci akan menerima diri kita seadanya.

6. Nikmati Waktu Sebaik Mungkin

Tidak kira betapa sibuknya kita hari ini, nikmatilah waktu  sebaik mungkin. Luangkan masa bersama teman-teman dengan melakukan perkara yang diingini. Tidak siapa pun tahu apa akan berlaku  pada 5 atau 10 tahun akan datang kerana masing-masing telah berkeluarga dan tinggal berjauhan. Selain dari teman-teman, sibukan diri anda dengan melakukan aktiviti bermanfaat bersama keluarga tercinta. Luangkan masa bersama ibu bapa atau adik-beradik dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.

Bukan susah pun untuk dapatkan teman hidup jika kita rajin berusaha. Semoga dengan adanya panduan ini dapat membantu menjayakan misi anda memburu jodoh.