Pages

Thursday, March 20, 2014

11 Pokok Yang Paling Beracun Diseluruh Dunia


Cik Siti Online

11 Pokok Yang Paling Beracun Diseluruh Dunia

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pohon beracun di dunia sangat banyak dan sebahagian besar berada di depan mata kita tanpa kita sedari. Sesetengahnya luaran nampak indah dan cantik, namun siapa sangka, tumbuhan ini mengandungi racun yang dapat membunuh manusia. Beberapa dari pohon paling beracun tersebut, Cik Siti cuba merangkum pohon yang paling beracun yang di temui dari beberapa sumber.

1.Manchineel

manchineel












Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia. Pokok ini diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records. Namanya bererti "epal kecil pembawa kematian" kerana bentuk buahnya yang mirip epal. Kerana ramai yang menyangka pokok ini adalah pokok epal, seringkali diberi amaran di sekitar pohon ini. Well, pokok yang diberi larangan "Dilarang menghampiri", kalian boleh bayangkan betapa beracunnya tanaman ini.

Jangan sesekali berlindung di bawah pokok ini apabila hujan, tubuhmu akan penuh dengan luka "bakar" kerana campuran getah tanaman ini jatuh ke tubuhmu bersama hujan. Bahkan jika kamu membakar bahagian apapun dari pohon ini, asapnya saja boleh membuatmu buta.

2.Water hemlock

water hemlock














Water hemblock adalah tanaman yang tumbuh dikawasan berair dengan tinggi hingga 2.5 meter (8.2 kaki), bunga hijau atau putih kecil disusun dalam bentuk payung. Water Hemlock atau cicuta maculata dikenali sebagai tanaman paling beracun di Amerika Utara dan Eropah. Bunga, batang dan akar tumbuhan ini mengandungi suatu sebatian yang beracun disebut cicutoxin dan sebahagian besarnya tertumpu diakar.

Walaupun dalam jumlah sedikit cicutoxin boleh menyebabkan kekejangan kemudian diikuti dengan kematian jika tubuh tidak mampu bertahan lagi. Kematian biasanya disebabkan oleh kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikel dan boleh berlaku hanya beberapa jam selepas penggunaan. Satu hingga dua gigitan akar tanaman sudah boleh menyebabkan kematian. Hal ini disebabkan akar tanaman ini menyerupai lobak atau termasuk tanaman jenis ubi sehingga sering salah digunakan oleh manusia.

3. Jarak (Ricinus communis)

pokok jarak


















Tumbuhan ini memang banyak di sekitar kita. Tapi tahukah kalian, ini adalah salah satu tumbuhan paling beracun di dunia. Satu bijinya saja mampu membunuh seorang manusia dewasa dalam seminit! Tumbuhan kastor asli berasal dari lembangan Mediterranean, Afrika timur dan India, tetapi banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan.Walaupun benihnya sangat beracun, ia adalah sumber minyak yang penting dari segi ekonomi seperti minyak pelincir bagi industri aeroangkasa dan merupakan salah satu produk komersial yang terawal dan penting dari segi ekonomi semulajadi.

Toksin yang dinamakan ricin didapati di seluruh tumbuhan tersebut, tetapi tertumpu di biji / kacang (minyak jarak dibuat daripadanya). Satu biji mentah adalah cukup untuk membunuh manusia dalam 2 hari, yang menjadikan kematian yang panjang dan  memeritkan. Gejala-gejala pertama akan dialami dalam tempoh beberapa jam dan akan termasuk rasa seakan terbakar di tekak dan mulut, sakit perut, cirit-birit berdarah dan muntah. Punca akhir kematian adalah akibat dehidrasi.

4. Belladona

belladona

















Dikenal sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandungi tropane alkoids yang membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buah nya yang seperti enak dimakan. Gejala yang terjadi dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf membuat gangguan pernafasan, berpeluh dan jantung berdegup laju.

5. Oleander

oleander












Tanaman ini banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana keelokan bunganya. Namun jangan salah, semua bahagian dari tanaman ini sangatlah beracun. Oleander dikenal sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri di selatan India. Bahkan satu daunnya saja cukup untuk membunuh manusia dewasa apabila dimakan. Tanaman ini mengandungi pelbagai jenis racun walaupun telah dikeringkan, termasuk nerioside, rosagenin, oleandroside, saponins, dan cardiac glycosides. Zat-zat tersebut merupakan zat yang dapat melambatkan denyut jantung dan jantung gagal berfungsi.

Racun-racun tersebut terdapat pada semua bahagian tanaman, namun umumnya tertumpu pada bahagian getah yang kelihatan berwarna putih seperti susu. Jika terkena kulit manusia, getah ini boleh menghalang reseptor luar kulit manusia sehingga menyebabkan kulit jadi kebas atau mati rasa.

6. Daphne

daphne













Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun tapi bahagian yang paling beracun tertumpu pada getah dan buahnya. Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang boleh menyebabkan sakit perut, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan. Jika buah daphne digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan koma bahkan kematian.

7. Lyly of the valley

lyly of valley












Lily of the valley kelihatan cantik dan kelihatan tidak berbahaya tapi jangan tertipu. Sama seperti bunga daphne, bunga ini sangat beracun mengambil satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak terlalu menyakiti orang dewasa. apabila dimakan dalam jumlah cukup banyak bunga ini menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan cirit-birit. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung

8. Angel’s Trumpet

angel trumpet













Jangan terpedaya dengan namanya dan kecantikannya, tanaman ini mengandung racun yang sangat memudaratkan manusia mahupun haiwan. Terkenal sebagai halusinogen yang sangat sangat kuat kerana mengandung zat tropane alkaloids. 

9. Rhododendron

rhododendron
















Tanaman ini apabila musim berbunga nampak sangat indah sekali dari pandangan mata. Namun Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga kematian.

10. Autumn Crocus

autumn crocus













Juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia.  Mengandung colchicine, ubat mematikan yang biasa digunakan untuk merawat sakit sendi. Racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada Ubatnya. Keracunan tanaman ini menyebabkan hilangnya tekanan darah dan penyakit jantung.

11. English Yew

english yew













English Yew atau taxus baccata, adalah salah satu pohon beracun di muka bumi. Pohon yang hijau rimbun ini umum ditemukan di Eropah. Para ilmuwan menganggapnya sebagai pohon aneh, kerana seluruh bahagiannya sangat beracun kecuali kulit buahnya.

Kerana racunnya menyebabkan kelumpuhan. Pernah digunakan untuk proses mengugurkan kandungan yang selalu berakhir dengan kematian. Racun utamanya adalah taxine atau taxane dengan molekul C20H36. Taxine merupakan suatu alkaloid pemicu terjadinya serangan jantung. Racun tumbuhan ini beraksi dengan cepat dan hingga saat ini belum ditemukan penawarnya. 50 dan 100 gram dos cukup untuk membunuh manusia



Monday, March 17, 2014

Perlunya Asingkan Anak-Anak Tidur Dari Bilik Ibu Bapa. Kenapa?


Cik Siti Online

Perlunya Asingkan Anak-Anak Tidur Dari Bilik Ibu Bapa. Kenapa?

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

tidur, asingkan anak tidur

Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!


Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks. 

Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.

Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil

Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58 

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.

Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah meminta izin dalam tiga keadaan iaitu

I. Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka

II. 
Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya

III. Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat

Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan  pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud.

“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?

Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.

Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.

Pengalaman Penulis
Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.

“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.

“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.

“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.

“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.

“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak…  Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”

Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau. 
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”

“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.

“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi

“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.

“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.”  Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.
Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati. 

Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”

Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu  beristighfar panjang.

“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi

“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.

Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.

Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.

Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?

Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.

Jangan biarkan nasi menjadi bubur,  kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.

Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia. 

Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.

Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik 
‘bersama’. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya.

Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.

Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat. sumber

Wallahua’lam


Ambil Dadah Tanpa Sedar


Cik Siti Online

Ambil Dadah Tanpa Sedar

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

konsert FMFA 2014

FMFA 2014 dikatakan sebagai muzik tarian elektronik terbesar di Asia Tenggara (EDM) untuk menghimpunkan pelbagai artis diiktiraf antarabangsa malangnya dicemari dengan kejadian buruk dan menjatuhkan imej negara. 

Kejadian ini, patut jadi ikhtibar kepada remaja lain supaya tidak mudah terpengaruh atau ingin mencuba-cuba kerana boleh membawa padah. Di pihak ibu bapa pula kena pastikan langkah kaki anak mereka. Awasi gerak-geri dan tahu siapa rakan anak supaya tidak terpalit dengan keruntuhan sosial sebegini.

Siapa yang patut dipersalahkan? 
Walau apa pun alasannya, banyak kepincangan yang boleh dipertikai!  Penganjur dan penguat kuasa tidak sensitif, padahal tahun lalu ada juga penonton yang mati akibat terlebih dos ambil dadah. 

Dipetik dari Berita Harian enam individu yang maut akibat pengambilan dadah berlebihan ketika konsert Future Music Festival Asia (FMFA 2014 di Bukit Jalil, kelmarin, mungkin mengambil dadah tanpa disedari.

Penganalisis Jenayah, Kamal Effendi Hashim berkata mungkin ada mangsa diperdaya sindiket dadah yang melarutkan bahan terlarang dalam minuman mereka. 

Katanya, ahli sindiket kebiasaannya mencari mangsa baharu di tempat hiburan kerana lokasi berkenaan lebih mudah untuk menjual dadah dan mangsa mudah diperdaya. 

“Mungkin ada dalam kalangan mangsa yang mengambil (dadah) dan ada juga yang terpedaya. 

“Ini kerana ada dadah yang boleh dilarutkan dalam air dan mangsa mungkin ditawarkan oleh sindiket yang kononnya air berkenaan dapat memberi tonik tambahan untuk berhibur.

Campuran air, dadah

“Lebih memburukkan keadaan apabila campuran air dan dadah memberi kesan lebih buruk kepada individu yang meminumnya,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mengulas mengenai petugas dan anggota keselamatan yang menjaga pintu masuk untuk mengelak dadah dibawa masuk, Kamal berkata, bukan mudah untuk membuat saringan terhadap pengunjung.

“Bukannya sedikit jumlah mereka yang hadir... terlalu ramai. Bukan mudah untuk mengenal pasti mereka yang membawa barangan terlarang. Apatah lagi barangan itu bersaiz kecil dan diletakkan di tempat tersorok,” katanya.


16 Alternatif Mencegah Kanser


Cik Siti Online

16 Alternatif Mencegah Kanser

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SEL KANSER

Walaupun anda sihat, tapi anda tetap berisiko untuk mendapat penyakit barah sama ada diwarisi secara genatik ataupun disebabkan oleh gaya hidup anda kurang sihat, dimana kurang menjaga cara pemakanan & bersenam. 
Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing. Ianya hanya akan dikesan apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser. 

Kanser masih boleh dicegah dari awal jika kita mampu mengawal gaya hidup, makanan dan kesihatan diri secara konsisten dan seimbang. Berikut 15 jalan mudah untuk kita semua, baik lelaki mahupun wanita yang masih belum terlewat untuk mengelakkan diri daripada terkena virus pembunuh ini.

1. Kubis jeruk

Masukkan kubis jeruk dalam hidangan harian anda. Mungkin anda boleh cuba hidangan ini kerana kerana mengikut satu pemerhatian dan kajian pakar di Finland, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser. 

Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk mengurangkan natrium sebelum anda makan. Jika tidak boleh atau biasa dengan rasanya, anda boleh mencubanya sesekali dalam hidangan berat sama ada makan tengahari ataupun hidangan makan malam. 

2. Sayur brokoli

Apa kata kali ini kita tukar pilihan sayur kepada jenis brokoli. Sayur brokoli adalah makanan terbaik dalam menentang kanser jika anda mengambilnya setiap hari. Brokoli lebih baik jika anda mengukus untuk menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad. 
Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.

3. Kacang Brazil

Sekiranya anda jenis yang gemar mengambil salad sebagai salah satu hidangan harian, kali ini cuba tambah kacang Brazil di dalam hidangan itu kerana ia kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel kanser dan membantu sel membaiki DNA.
Kajian dan satu penyelidikan oleh Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium, berjaya kurangkan 48% sakit ini. 

Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan University of Arizona menunjukkan yang 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit kacang Brazil mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser secara keseluruhan.

4. Kalsium dan vitamin D

Ambil kalsium bersama vitamin D sebagai makanan tambahan. Menurut kajian Fakulti Perubatan di Dartmouth, Amerika Syarikat, makanan tambahan seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan polip kanser iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai masalah ketumbuhan.

5. Bawang putih

Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor. Ia begitu baik untuk dijadikan alternatif bagi mengelakkan kita dari virus kanser.
Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut. 

6. Beri biru

Dengar seperti rutin makanan barat namun itulah yang baik untuk menjaga kesihatan diri dan sekali gus mampu mengelakkan diri daripada kanser dengan mengambil beri biru ke dalam hidangan terutamanya sarapan. 
Buah beri biru adalah buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca kepada kanser.

7. Sos perapan

Banyakkan sos perapan untuk makanan bakar atau setiap kali aktiviti jamuan BBQ anda. Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. 
Namun, kajian yang diperoleh dari Institut Kajian Kanser Amerika Syarikat mendapati salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia. 
Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu sebelum mula gril di atas api agar daging anda masak sempurna.

8. Air kosong

Menurut kajian dari Jurnal Perubatan The New England pada tahun 1996 mendapati lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu menyingkirkan risiko kanser pundi kencing. 
Wanita yang minum banyak air kosong pula membantu mengurangkan risiko kanser kolon. Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser sebanyak 45%.
Namun kebaikan dan kesan positif terhadap pengambilan air kosong tidak perlu lagi diperkata kerana sudah terbukti menerusi banyak kajian yang air kosong sememangnya baik untuk sistem badan kita.

9. Teh hijau dan teh Cina

Jadikan minuman teh hijau sebagai tabiat sihat berbanding mengambil jenis air kopi lain. Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi terutamanya bagi masyarakat Cina yang sememangnya menjadikan teh itu sebagai hidangan wajib setiap hari.
Di barat, kajian baru membongkarkan yang teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser. Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang dipanggil EGCG adalah salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.

10. Ikan salmon

Kajian dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma dan non-Hodgkin lymphoma. 
Salmon sememangnya sudah terbukti khasiat yang terkandung padanya berdasarkan beberapa kajian lain sebelum ini. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita. 

11. Jemur diri

Berjemur 15 minit setiap hari adalah salah satu alternatif yang boleh mengelakkan diri kita daripada kanser. Cahaya matahari mengandungi vitamin D dan tahukah anda yang kekurangan vitamin D meningkatkan risiko kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut. 
Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15 minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.

Namun pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit.

12. Buah kiwi

Pilih kiwi sebagai buah pilihan. Buah kiwi membantu melawan kanser kerana kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Petua melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada daging yang mempunyai lemak.

13. Minum sitrus

Jadikan buah sitrus sebagai minuman harian bagi menggantikan pilihan kebiasaan lain selain air kosong yang sudah tentunya menjadi pilihan wajib. Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.

14. Tomato
Merah pekat buah tomato adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi, yang menyebabkan tomato itu berwarna merah. Likopena ini mengandungi pelbagai khasiat.

Likopena ini mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Selain itu, buah tomato baik utk lelaki kerana dapat mengelakkan kanser prostat.

15. Makanan organik

Makanan organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan kepada kanser. Pilih dan carilah jenis makanan ini untuk dijadikan hidangan baru.

16. Vitamin

Ambil multivitamin setiap pagi. Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana ia membantu memperbaiki fungsi sistem imun dan membantu mencegah pelbagai jenis kanser. Sumber


Friday, March 14, 2014

Pembenihan Awan Dan Prosesnya


Cik Siti Online

Pembenihan Awan Dan Prosesnya

AWAN LOVE

Dengan kejadian jerebu yang semakin hari semakin teruk melanda negara kita ini, ramai pihak yang menggesa supaya  proses pembenihan awan perlu dilakukan walaupun kosnya sangat tinggi. Walau bagaimanapun ramai dalam kalangan kita sebenarnya tak tahu pun apa itu yang dimaksudkan dengan pembenihan awan. Pembenihan awan selalunya menggunakan bahan silver iodide dan karbon dioksida yang dibekukan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi menjelaskan, proses pembenihan awan atau ‘cloud seeding’ dilakukan untuk mempercepatkan pembentukkan hujan dan bukannya untuk mencipta air hujan. Katanya lagi, pembenihan tidak boleh dilakukan sesuka hati atau tanpa sebarang perancangan rapi. Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Lepas tu, awan juga mesti ada, wajib! Kaedah ini bergantung kepada suhu dan juga kandungan komposisi awan. Proses pembenihan awan sebenarnya adalah sangat kompleks dengan mengambil masa beberapa tahun latihan supaya proses itu menemui kejayaan. So Cik Siti harap orang ramai dapat bersabar jika kerajaan tidak dapat melakukan pembenihan awan buat masa ini.

Risiko lain bagi pembenihan awan adalah, tiada kawalan bagi tempat untuk menentukan di mana hujan akan turun.  Apapun jom kita study proses  pembenihan awan

TERDAPAT 3 JENIS PEMBENIHAN AWAN:-
pembenihan awan

Pembenihan dinamik awan

Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses. 

Pembenihan Awan Higroskopik

Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan saiznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian. 

Pembenihan Awan Statik

Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu. 

masa pembenihan dan selepas

proses pembenihan dan hujan

Kelebihan Dan Kekurangan Pembenihan Awan

Kelebihan

Mengurangkan kekeringan. Hujan boleh memberi air untuk tanaman.

Meningkatkan bekalan air bersih sehingga orang-orang di dunia boleh memastikan keperluan mereka selalu sedia.

Mengurangkan saiz ‘hailstones’. ‘Hailstones’ amat bahaya bagi orang dan hanya hujan dapat menghindarinya.

Mementikan ribut taufan yang utama yang terbentuk dan mengurangkan jumlah kerosakan.

Mengurangkan jumlah kabus di lapangan terbang sehingga keselamatan pesawat/ kapal terbang
untuk berlepas akan terjamin. Dalam kes jerebu juga boleh terpakai.

Kekurangan

Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian.

Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.

Pembenihan awan amat sangat komplek cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan).

Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh.

Kos yang mahal.

Sumber


Petua Henti Tabiat Gigit Kuku


Cik Siti Online

Petua Henti Tabiat Gigit Kuku

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

GIGIT KUKU

Ini lah tabiat yang Cik Siti nak buang sejak dari dulu lagi tapi menemui jalan buntu..hehe. Sebenarnya ramai lagi mempunyai tabiat menggigit kuku macam Cik Siti. Sekiranya ditanya, jawapan seperti ‘tabiat sejak kecil’, ‘susah dihentikan’, ‘tak boleh dikawal’ antara penyebab mereka masih gigit kuku walaupun usia meningkat dewasa.

Biasanya golongan ini akan menyatakan rasa tidak selesa jika ia dihentikan. Namun tahukah anda, menggigit kuku, yang dianggap sebagai hanya kebiasaan , diklasifikasikan sebagai gangguan mental obsesif-kompulsif. Demikian yang diungkapkan para ahli dari American Psychiatric Association (APA), seperti dikutip NBC News. Adui!, nampaknya Cik Siti memang kena buang tabiat ni.  

Pelbagai teknik dan petua ringkas boleh dicuba untuk mengurangkan tekanan sekali gus mengatasi dorongan untuk gigit kuku. Pilih terapi paling berkesan berkesan dalam mengurangkan tekanan yang mungkin menjadi akar masalah daripada kebiasaan menggigit kuku. Gen Y kongsi cara berkesan untuk anda hentikan tabiat ini.


1. Kaji Punca

Mungkin pada awalnya anda hanya menggigit kuku sekadar suka-suka. Rasa bosan dan tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari.

2. Minta Orang Lain Menegur 

Bagi mereka yang tegar, banyak alasan khusus diberikan seperti kebosanan, ketakutan, tekanan, rasa cemas dan seumpamanya membuatkan mereka teruskan tabiat ini. Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan beritahu orang sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku.

3. Alih Perhatian

Selepas menyedari kelakuan anda, sebolehnya cuba alih perhatian dengan buatkan tangan ‘sibuk’ dengan aktiviti lain seperti bermain ‘game’ di telefon bimbit, menconteng buku atau buat tugasan lain yang relevan.

Melakukan kebiasaan baru dapat membantu menghentikan tabiat ini. Tentunya kebiasaan baru yang dipilih adalah sesuatu yang baik, misalnya mengunyah gula-gula getah ataupun makan sesuatu yang ringan.

4. Rujuk Pakar

Sesiapa yang ekstrim dalam hal ini boleh mengakibatkan kecederaan. Jari berdarah, kuku nipis dan terkopek, kehilangan kuku selain mengalami kerosakan kekal antara kesannya. Jika ia berlaku, maka sudah tiba masanya anda mendapatkan rawatan. 

Kebiasaan menggigit kuku (onychophagia) sebenarnya adalah sebahagian daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis gangguan obsesif kompulsif (OCD). Untuk mengatasi masalah ini, cuba rujuk kepada pakar dan lama-kelamaan pastinya ia akan hilang.

5. Luangkan Waktu Merawat Kuku

Antara cara lain adalah dengan cara menjaga kuku secara rapi. Sentiasa ada alatan ‘manicure kit’. Cuba untuk melakukan ‘manicure’ seminggu sekali. Mulakan dengan memotong kuku jika perlu dan kemudian membersihkan, melicinkan dan mencantikkan kuku.

6. Cacatkan Rasa

Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Perilaku ini biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku.

Dengan mengoles krim atau sanitizer di tangan dan jari anda, pastinya ia akan mencipta rasa aneh bahan kimia dan membuatkan kemahuan terbantut untuk terus meng­gigit. 

7.  Pakai Kuku Palsu

Selain itu, anda boleh atasi masalah ini dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku. Jika anda berbelanja besar untuk kelihatan cantik mungkin buatkan anda fikir dua kali untuk merosakkannya. Sumber


China akui ada perselisihan dengan AS


Cik Siti Online

China akui ada perselisihan dengan AS

‪السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

obama dan li keqiang

#‎dimanaMH370. Sejak berita kehilangan kapal terbang MH370 pelbagai desas desus,teori dan konspirasi timbul mengenai kehilangannya terutama di laman sosial. Salah Satu darinya mengaitkan perselisihan dua kuasa ekonomi terbesar dunia iaitu China dan Amerika. 

Dipetik dari Berita Harian Perdana Menteri China, Li Keqiang, semalam mengaku wujud perselisihan dengan Amerika Syarikat.

Di manakah Anda  Sembunyikan Pek Mamee Chef? #HideAndSeekMameeChef 

BEIJING: Perdana Menteri China, Li Keqiang, semalam mengaku wujud perselisihan dengan Amerika Syarikat, dan dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu perlu menghormati kepentingan utama masing-masingdua kuasa ekonomi terbesar dunia

Washington dan Beijing bertelagah berhubung pelbagai isu, termasuk hak asasi manusia, pencerobohan siber, pertikaian perdagangan dan aktiviti tentera China mengenai pemilikan laut dengan jirannya. 

“Memang benar ada pergeseran timbul dalam mencapai kerjasama, tetapi ini adalah masalah dengan kerjasama. Sudah tentu kedua-dua negara, disebabkan sejarah dan latar belakang budaya berbeza, dan tahap pembangunan juga berbeza, ada perbezaan dalam sebahagian isu,” katanya pada sidang akhbar majlis penutupan sesi tahunan Parlimen semalam. 

Li tidak menyebut isu tertentu dalam hubungan Amerika-China, tidak menyentuh isu dalaman sensitif dan antarabangsa yang dihadapi Parti Komunis. 

Amerika tidak senang mengenai apa yang dilihat sebagai usaha China untuk mengawal perairan di rantau Asia Pasifik. 

China berada di tengah pertikaian kedaulatan dengan sekutu Amerika, Jepun, berhubung gugusan pulau tidak berpenghuni di Laut China Timur. 

Republik itu juga terbabit dalam tuntutan wilayah dengan Filipina, Vietnam, Taiwan, Malaysia dan Brunei terhadap perairan di Laut China Selatan yang menyediakan 10 peratus tangkapan ikan dunia. 

Di pihaknya, Beijing meluahkan kebimbangan berhubung kedudukan tentera Amerika di Asia. 

Di sebalik ketegangan itu, kedua-dua pihak mempunyai kepentingan utama dalam mengekalkan kestabilan ekonomi dunia. 

“Selagi kami menghormati satu sama lain, menghormati kepentingan satu sama lain, mengawal perbezaan kami, mempunyai rundingan setara dan memberi tumpuan kepada meluaskan kepentingan, kami boleh meningkatkan tahap hubungan dua hala kami,” katanya. –Reuters


Thursday, March 13, 2014

9 Kehilangan Pesawat Udara Yang Misteri


Cik Siti Online

9 Kehilangan Pesawat Udara Yang Misteri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
#‎dimanaMH370‬. Cik Siti harap dengan berkat hari Jumaat dipermudahkan segala urusan pencarian MH370. Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 terus menjadi teka-teki.

Kejadian malang itu mengingatkan dunia kepada 9 lagi insiden misteri membabitkan pelbagai jenis pesawat dalam tempoh beberapa dekad lalu.

1. Air France 447


Pesawat Airbus A330 dari Rio ke Paris yang membawa 288 penumpang dan anak kapal hilang di Lautan Atlantik pada tahun 2009. Pesawat ini dilengkapi peralatan canggih, yakni sistem fly-by-wire yang dirancang untuk mengurangi kesalahan manusia dengan membiarkan komputer mengawal penerbangan.

Laporan akhir menunjukkan tiub pesawat dihalang kristal ais hingga menyebabkan sistem autopilot gagal berfungsi. Kotak hitam pesawat hanya ditemui pada Mei 2011 bersama 104 mayat. Malangnya, mayat 74 orang lagi penumpang masih gagal ditemui.

2. Adam Air














Adam Air ialah pesawat tambang murah terawal di Indonesia. Pada tarikh 1 Januari 2007 pesawat Boeing 737-400 yang membawa 96 penumpang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya menuju ke Manado. Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi dalam cuaca buruk. Bagaimana pun sebelum hilang, juruterbang sempat melaporkan ada cross wind atau angin dari samping yang cukup kuat. Sejenak kemudian pesawat hilang dari radar Lapangan Terbang Makasar.

Keesokannya timbul khabar pesawat itu dijumpai melanggar gunung setinggi 8,000 kaki di Rangon,Sulawesi Barat. Tapi ternyata berita itu tidak betul. Sejak itu juga berbagai teori, spekulasi ,andaian dan desas desus timbul mengenai kehilangannya.

Pada 27 Ogos tahun itu baru kotak hitam pesawat ditemui di kedalaman 2,000m perairan Majene, Sulawesi Barat. Setelah tujuh tahun berlalu bangkai pesawat maupun mayat penumpang belum ditemui.

3. Uruguay Air Force Flight 571











Pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal termasuk pasukan ragbi dari Montevideo terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972. Mereka hanya ditemui selepas 72 hari selepas dua penumpang mengambil risiko melalui trek pergunungan selama 10 hari.

4. Flying Tiger Flight











Hilangnya Flying Tiger Flight di tahun 1962 adalah misteri terbesar dalam dunia penerbangan. Pesawat yang disewa pihak militer AS ini mengangkut 107 anggota militer AS dan diyakini hilang di Samudera Pasifik. Hingga kini, pesawat tersebut belum pernah ditemukan!

Kronologinya, Flying Tiger Flight terbang dari AS menuju Vietnam. Pesawat lalu mengisi bahan bakar di Guam dan melanjutkan perjalanan menuju Clark Air Base terlebih dulu di Filipina, sebelum tiba di Vietnam. Saat berada di kawasan Filipina atau tepatnya di sekitar bagian barat Samudera Pasifik, pesawat dinyatakan hilang.

Anehnya, pesawat tidak melaporkan adanya tanda-tanda darurat sebelum menghilang dari radar pantauan. Militer AS menerjunkan lebih dari 1.000 personel militer untuk mencari pesawatnya. Beberapa saksi mata menyebut, telah melihat ledakan hebat dan cahaya di sekitar kawasan Samudera Pasifik. Tapi hingga kini, pesawat tersebut dan  107 penumpamgnya belum pernah ditemukan. 

5. Star Ariel













Satu lagi pesawat British South American Airways (BSAA), Star Ariel hilang ketika penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Januari 1949. Ia adalah pesawat yang sama seperti Star Tiger, cuma bezanya ia terbang dalam keadaan cuaca elok namun berhadapan masalah komunikasi sepanjang penerbangan. Star Ariel hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

6. Star Tiger

Pesawat BSAA kedua, Star Tiger, hilang selepas terbang dari Santa Maria di Azores ke Bermuda pada 30 Januari 1948. Dalam penerbangan 12 jam itu, pesawat itu terbang rendah untuk mengelakkan angin dan mengikuti pesawat Lancastry yang ditugaskan mengesan cuaca buruk di kawasan Segi Tiga Bermuda. Pesawat peninjau tiba pada jam 4 pagi. Misteri hilangnya Star Tiger dan Star Ariel hingga kini belum terungkai. 

7. BSAA Star Dust 

Apabila BSAA Star Dust, pesawat awam mirip pengebom Lancaster hilang ketika penerbangan dari Buenos Aires, Argentina ke Santiago, Chile pada tahun 1947, ia meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab. Pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasinya, tetapi pengendali radio itu berjaya menghantar satu mesej samar melalui kod morse 'STENDEC' sebelum ia hilang. Star Dust hanya ditemui 50 tahun kemudian apabila dua pendaki Argentina menemui serpihan enjin dan pakaian.

8. Flight 19 

Pada petang 5 Disember 1945, enam tentera laut dikhuatiri hilang dan sekaligus memulakan lagenda Segi Tiga Bermuda. Satu jam setengah selepas berlepas dari Fort Lauderdale, Florida, juruterbang melaporkan sistem pesawat mengalami gangguan, kedua-dua kompas pesawat gagal berfungsi!

9. Amelia Earnhart mengelilingi dunia














Juruterbang wanita Amerika Syarikat ini hilang bersama pesawat Lockheed Electra pada 2 Julai 1937 ketika dia dan pembantunya, Fred Noonan cuba mengelilingi dunia. Dia yang juga wanita pertama terbang solo merentasi Atlantik, hilang berhampiran Pulau Howland di Lautan Pasifik.